Keuskupan Agung KL derma RM 50,000 kepada para mangsa letupan Lubnan

Sebagai sahutan kepada rayuan masyarakat antarabangsa bagi membantu para mangsa letupan di Beirut, Lubnan (lebanon), Yang Mulia Uskup Agung Julian Leow, Uskup Agung Kuala Lumpur telah membenarkan untuk mengeluarkan RM50,000,00 dari Tabung Bencana Keuskupan Agung sebagai membantu kerja kerja bantuan kemanusiaan bagi mereka yang terkesan akibat letupan dahsyat pada 4 Ogos 2020 di pelabuhan Beirut.

Aug 14, 2020

KUALA LUMPUR: Sebagai sahutan kepada rayuan masyarakat antarabangsa  bagi membantu para mangsa letupan di Beirut, Lubnan (lebanon), Yang Mulia Uskup Agung Julian Leow, Uskup Agung Kuala Lumpur telah membenarkan untuk mengeluarkan RM50,000,00 dari Tabung Bencana Keuskupan Agung sebagai membantu kerja kerja bantuan kemanusiaan bagi mereka yang terkesan akibat letupan dahsyat pada 4 Ogos 2020 di pelabuhan Beirut.

Keuskupan Agung Kuala Lumpur juga meminta semua umat beriman untuk mendoakan para korban dan rakyat Lubnan.

Pada  petang 4 Ogos 2020, letupan berganda berlaku di pelabuhan Beirut. Lebih ratusan
orang maut dann sekurang-kurangnya 4,000 orang tercedera manakala lebih 250,000 orang kehilangan rumah oleh letupan ini. Letupan kuat tersebut berpunca dari 2,750 tan metrik ammonium nitrat yang telah dirampas oleh pemerintah Lubnan daripada sebuah kapal terbiar dan disimpan di pelabuhan tanpa langkah keselamatan selama enam tahun sebelumnya.

Pada 7 Ogos lalu, Sri Paus Fransiskus juga telah menyumbang 250,000 euro sebagai tanda solidariti dengan rakyat Lubnan dan langkah awal membantu para mangsa letupan ammonium nitrat di pelabuhan Beirut, Lubnan serta membantu bangunan-bangunan Gereja yang terkesan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments