Kisah misionari kudus beri inspirasi menginjil cara baru

Kisah misionari kudus beri inspirasi menginjil cara baru

Mar 15, 2019

Melaka: Umat Gereja Jesus Caritas, Kepong, mempersiapkan diri mereka menyambut Bulan Khusus Misa dengan menyertai ziarah pembinaan iman di Melaka untuk menyemarakkan semula semangat misionari di dalam diri masing-masing.

Mereka dibawa ke tiga buah Gereja iaitu Gereja Our Lady of Guadalupe (Bintang Penginjilan Baru), Gereja St Theresa of Lisiuex dan Gereja St Francis Xavier — dua orang Santo Pelindung Misionari. Para penziarah diberikan pencerahan tentang kehidupan para Santo itu, bagaimana mereka menjalani dan mengekalkan semarak misi mereka demi menyebarkan Berita Baik.

Father Micheal Chua menerangkan kepada para penziarah bahawa misi utama Gereja ialah menginjil (Matius 28:19-20). Menginjil atau memberitakan Khabar Gembira kepada orang lain merupakan panggilan bagi semua umat dibaptis.

Iman tidak dapat disimpan kerana ia akan menjadi lemah. Untuk memperkasakan iman, ia harus dikongsi bersama orang lain.

Paderi itu menerangkan bahawa dalam Katekismus Gereja Katolik 863 menyatakan semua anggota Gereja berkongsi akan misi ini melalui pelbagai cara ... yang bermatlamat menyebarkan Kerajaan Kristus di seluruh dunia. Konsili Vatikan II turut menegaskan, “tugas menginjil bagi semua orang terkandung dalam misi penting Gereja ... Gereja wujud untuk menginjil” (Evangelii Nutiandi 14).

Namun, Paderi itu tidak lupa berpesan bahawa, meskipun semua umat yang dibaptis diberi amanah untuk memikul misi Kristus di dunia tetapi terlebih dahulu, seorang umat harus mula mengubah serta meninggalkan cara hidup lama dan membuka hatinya untuk ditransformasikan oleh Roh Kudus.

Total Comments:0

Name
Email
Comments