Komisi Episkopal Liturgi Serantau kali berhimpun kali ke-20 di KL

Komisi Episkopal Liturgi Serantau kali berhimpun kali ke-20 di KL

May 18, 2018

KUALA LUMPUR: Mesyuarat kali ke-20 Komisi Episkopal Liturgi Serantau (ERLC) Malaysia, Singapura dan Brunei telah diadakan di Keuskupan Agung Kuala Lumpur pada 30 Apr-4 Mei.

Semua keuskupan/agung di bawah naungan Konferensi Uskup-uskup Katolik telah hadir manakala keuskupan/ agung Miri, Kuching dan Keningau menyampaikan permohonan maaf kerana tidak dapat menghantar wakil.

Pertemuan kali ini, sekali lagi adalah mengenai kerja-kerja penterjemahan Misale Romawi, Tatacara Pengkebumian Kristian (OCF), Tatacara Perayaan Perkahwinan (OCM), Upacara Penguatan dan status semakan buku nyanyian Sing Your Praise God (SYPG) . Fr David Garaman dari Sandakan melaporkan bahawa terjemahan bagi OCF dan OCM ke bahasa Malaysia telah siap.

Spencer Klumai dari Kuala Lumpur melaporkan tentang Alkitab Protestan dalam Bahasa Malaysia, "Alkitab Versi Borneo" boleh didapati di pasaran sekarang. Uskup Sebastian Francis, Presiden komisi menerangkan bahawa Konferensi para Uskup Katolik Malaysia, Singapura, Brunei telah memberikan mandat kepada Uskup Richard Ng dari Miri bagi mengendalikan projek ini. Uskup Richard mempunyai pasukan kerja dengan kumpulan Protestan untuk menterjemah tujuh lagi kitab (deuterokanonika) yang tidak ada dalam alkitab Protestan.

Semakan Ritus Penguatan dalam bahasa Inggeris sedang dalam semakan ejaan sebelum ia dihantar kepada pencetak. ERLC mencadangkan agar Ritus Penguatan yang telah disemak digunakan pada hari Minggu pertama Adven 2018.

Semakan Lagu-lagu SYPG secara dasarnya telah siap namun tertangguh kerana menunggu lesen hak cipta bagi lagu-lagu tersebut. Kesukaran menjejaki pemegang hak cipta terpelihara menyebabkan Msgr Leonard Lexson, ketua komiti tersebut, memberi cadangan agar lagu-lagu SYPG dimuat turun dalam laman web ERLC agar paroki-paroki dapat membeli lagulagu yang sesuai untuk digunakan dalam perayaan Misa.

Dr Steven Salvaraju, Direktur Institut Pastoral Keuskupan Agung yang mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Kateketik, dijemput untuk memberikan sebuah sesi mengenai IKD.

Beliau menerangkan bahawa proses IKD bukanlah sebuah program melainkan sebuah perjalanan rohani. Matlamat IKD bukan hanya mempersiapkan katekumen untuk menerima sakramen-sakramen inisiasi tetapi membimbing mereka matang dalam iman dan meninggalkan cara hidup lama.

Pertemuan ERLC diteruskan dengan pembentangan laporan dan isu-isu berkenaan liturgi daripada setiap perwakilan. Panduan merayakan Perayaan Perawan Maria, Bonda Gereja dan merayakan Misa Sekolah juga telah diedarkan. Para perwakilan juga mengunjungi Kedutaan Vatikan untuk berdoa senja dan makan malam yang dianjurkan oleh Uskup Agung Joseph Marino, Nunsio Apostolik ke Malaysia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments