Komisi Katekis Keningau bersidang buat kali ketiga

Mesyuarat kali ketiga Komisi Katekis Keuskupan Keningau telah berlangsung pada 29 Sept di Gereja St Valentine, Beaufort.

Oct 13, 2017

BEAUFORT: Mesyuarat kali ketiga Komisi Katekis Keuskupan Keningau telah berlangsung pada 29 Sept di Gereja St Valentine, Beaufort.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Pembimbing Rohaninya iaitu Fr Rudolf Johannes dan Katekis John Lainsin selaku Pengetua Pusat Pastoral Keuskupan Keningau (PPKK).

Ia dimulakan dengan doa dan renungan oleh Fr Rudolf. Dalam renungannya, Fr Rudolf berpesan supaya para Katekis melakukan pelayanan dengan jujur tanpa mengharapkan balasan daipada umat dan Gereja melainkan demi kemuliaan kerajaan Tuhan dan untuk mencari harta syurgawi.

Imam itu menjelaskan bahawa dengan melayani secara jujur, para Katekis dan keluarga mereka akan sentiasa dijaga oleh para malaikat dan diberkati oleh Tuhan sepanjang hayat mereka.

Paderi itu juga mengingatkan para Katekis agar berani membuat teguran yang membina kepada sesiapa juga tidak hanya kepada umat tetapi kepada rakan sepelayanan malah di kalangan para Paderi sekiranya mereka merasai sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Katolik.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan dipengerusikan oleh Katekis Edward Joseph itu.

Semua Pengerusi Katekis dari setiap paroki dan mision yang hadir menyampaikan laporan berkaitan aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan, sedang dijalankan dan yang akan dijalankan sehingga penghujung tahun 2017 di tempat masing-masing.

Mesyuarat diakhiri dengan doa penutupan dan pemberkatan makanan oleh Fr. Rudolf.--Markus Angang

Total Comments:0

Name
Email
Comments