Komuniti Sant’Egidio bantu pelarian Muslim bangkit dari pengalaman pahit

Nimo, 26, seorang wanita Muslim berasal dari Somalia, tidak memiliki pilihan lain, selain meninggalkan negaranya pada tahun 2016 akibat perang saudara.

Jun 21, 2019

JAKARTA: Nimo, 26, seorang wanita Muslim berasal dari Somalia, tidak memiliki pilihan lain, selain meninggalkan negaranya pada tahun 2016 akibat perang saudara. Tujuannya sederhana: tetap hidup, tidak seperti anggota keluarganya yang lain, yang sebahagian besar telah terkorban.

Sejak 2012, ketika kerajaan baru memerintah, Somalia semakin stabil tetapi pemerintah baru masih menghadapi tentangan dari puak Al-Shabab yang beraliansi dengan Al-Qaeda.

Nimo tiba di Jakarta bersama beberapa rakannya dari Somalia. “Ini adalah sebuah negara di mana para pelarian seperti saya dapat berasa selamat,” katanya.

Seorang pelarian lain, Nura, 19, yang tinggal di Jakarta kerana perang di Ethiopia. Dia meninggalkan negaranya setelah keluarganya meninggal dunia konflik di perbatasan.

Perang di antara Eritrea dan Ethiopia bermula Mei 1998 dan menyebabkan puluhan ribu orang mati serta cedera dalam masa dua tahun.

Dua orang wanita ini termasuk di antara 14 ribu pelarian yang didaftarkan di pejabat UNHCR Indonesia.

Dari jumlah itu, 29 peratus adalah kanakkanak termasuk lebih 300 kanak-kanak yang terpisah dari ibu bapa mereka.

Meskipun Indonesia tidak meratifikasi Konvensi Pelarian Tahun 1951, negara itu memiliki tradisi yang lama menjadi tuan rumah para pelarian dan orang-orang yang mencari perlindungan antarabangsa.

Namun, pada akhir tahun 2016, Presiden Joko Widodo menandatangani Peraturan Presiden mengenai Penanganan Pelarian, yang mengandungi definisi-definisi utama dan menetapkan proses-proses untuk pengesahan, penjagaan dan perlindungan pelarian.

Situasi yang menambah kesukaran bagi para pelarian ialah mereka tidak diizinkan oleh undang-undang untuk bekerja, mencari wang secara mandiri, atau menghadiri sekolah-sekolah di Indonesia. Hal ini telah menimbulkan kelesuan para pelarian tersebut.

Situasi itu mendorong Komuniti Sant’Egidio untuk memperhatikan dan melayani para pelarian tersebut, yang kebanyakannya Muslim.

Kumpulan awam Katolik itu telah mengadakan pelbagai acara khusus, termasuk kunjungan rutin dan bantuan makanan sejak Mac 2018.

Mereka bekerjasama Lembaga Daya Dharma (LDD) Keuskupan Agung Jakarta dan disokong oleh Uskup Agung Jakarta Msgr Ignatius Suharyo, komuniti itu membahagi-bahagikan 800 kilogram beras dan keperluan dasar lain kepada para pelarian tersebut.

"Dengan mengikuti ajakan Sri Paus Fransiskus, Komuniti Sant'Egidio bergerak untuk bermisi dengan memberi sokongan serta membantu mereka bangkit dari pengalaman traumatik menuju hidup yang penuh pengharapan". — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments