Konsert Mini Belia HRL: lantun kesyukuran untuk Tuhan!

Buat julung-julung kalinya, Tim Pelayanan Belia Holy Rosary Limbahau (TPBP HRL) bersama para belia telah menganjurkan Konsert Mini belia 2019!

Aug 09, 2019

HOLY ROSARY LIMBAHAU: Buat julung-julung kalinya, Tim Pelayanan Belia Holy Rosary Limbahau (TPBP HRL) bersama para belia telah menganjurkan Konsert Mini belia 2019!

Konsert ini telah dihadiri oleh lebih 200 orang belia sekitar paroki HRL, para ahli Majlis Pastoral Paroki (MPP), Liga Wanita Katolik dan Kerasulan Keluarga Katolik serta ibu bapa.

Antara tujuan konsert ini dianjurkan adalah sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan pelaksanaan aktiviti-aktiviti belia sepanjang tahun bermula dari bulan Januari sehingga bulan Julai.

Antara aktivti belia yang telah dianjurkan sehingga pertengahan Julai 2019 ialah Youth Gathering edisi Januari, Mission to Sapi Island, Hiking with Jesus di Bukit Pohumpung, Limbahau Youth Day-1, Belia Missionaris Katolik-2, dan Youth Gathering edisi Julai.

TPBP HRL sentiasa bersemangat untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti belia sepanjang tahun agar kesatuan di antara para belia HRL sentiasa dapat dipupuk dan dieratkan dalam masa penantian kedatangan Salib Belia pada tahun 2020 ke Paroki Papar dan Limbahau.

Konsert Mini Belia bermula pada jam 7.00 petang dengan ucapan doa pembukaan oleh Katekis Jipius.

Video-video sepanjang program Limbahau Youth Day dan Belia Missionaris Katolik telah ditayangkan sewaktu makan malam. Tepat jam 8.10 malam, konsert belia bermula dengan nyanyian lagu-lagu pujian dan berakhir pada jam 9.45 malam.

Barisan penyanyi dan pemain muzik terdiri daripada para belia naungan HRL. Mereka sungguh berbakat dan kreatif dalam menjayakan konsert tersebut. Tepat jam 10.00 malam, konsert diakhiri dengan doa oleh Father Rayner Bisius, pembantu Rektor Paroki HRL.

Konsert ini juga dianjurkan sebagai tanda terima kasih kepada para umat terutama untuk ahli-ahli MPP, Liga Wanita Katolik dan Kerasulan Keluarga Katolik yang telah banyak membantu melicinkan program dan aktiviti belia sepanjang tahun. Sesungguhnya kerjasama dan sokongan besar antara komiti dalam gereja merupakan kunci utama kejayaan penganjuran aktiviti-aktiviti belia HRL.

Koordinator Mini Konsert Belia 2019, Sdri Mary Belinda Rubintinus berharap agar “persahabatan dan kerjasama di antara belia HRL dengan Komiti-Komiti di dalam gereja, baik MPP dan umat yang lain akan sentiasa terjalin mesra dan erat sebagai satu keluarga besar di dalam gereja.

" Bagi para belia yang tidak dapat bersama kami semasa konsert ini, anda boleh menyaksikan video konsert mini tersebut di Facebook Page Belia Paroki Holy Rosary Limbahau — Evangelisa Anna Anselinus

Total Comments:0

Name
Email
Comments