KSFX kembali rayakan Misa dengan mematuhi SOP

Dataran Paroki Katedral St Francis Xavier, di mana Misa Kudus kembali diryakan pada 21 Jun 2020 membuka ‘pagarnya’ bagi kehadiran 40 orang umat.

Jun 20, 2020

KENINGAU: Dataran Paroki Katedral St Francis Xavier, di mana Misa Kudus kembali diryakan pada 21 Jun 2020 membuka ‘pagarnya’ bagi kehadiran 40 orang umat. Berikut merupakan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bapa Uskup dan Majlis Pastoral Paroki Katedral St Francis Xavier:

Salam Damai Saudara dan saudari terkasih dalam Kristus, umat di Paroki KSFX, Keningau.

Kita akan mula mengadakan Misa Kudus dan Ibadat mulai daripada 20/6/2020 dengan kehadiran terhad kepada 40 orang sahaja. Bagi mereka yang sakit, demam, batuk serta berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah, adalah tidak dibenarkan untuk menghadirinya.

Kita perlu mematuhi SOP dan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan demi kebaikan bersama. Untuk itu, disertakan beberapa panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh umat yang akan menghadiri Misa/Ibadat iaitu Misa Senja (Sunset) dan Hari Minggu ini. Katedral (KSFX):

1. Misa akan diadakan di dataran mengikut masa yang telah ditetapkan.

2. Pagar utama akan ditutup selepas jumlah umat yang memasuki kawasan parking gereja penuh.

3. Pagar dataran akan dibuka hanya untuk 40 orang umat bagi satu-satu masa Misa diadakan.

4. Bagi umat yang mahu mengikuti bagi Misa seterusnya akan diminta untuk menunggu di dalam kereta sahaja dan tetap berada dalam kawasan parking (tidak berkeliaran).

5. Setiap umat yang masuk ke kawasan dataran wajib mendaftar bagi rekod suhu, nama dan nombor telefon.

6. Kawasan di mana Misa Kudus diadakan  akan disanistasi terlebih dahulu sebelum Misa seterusnya dijalankan.

7. Umat dilarang memasuki kawasan larangan dalam dataran. Selesai Misa, umat diminta untuk terus balik bagi melancarkan aktiviti sanitasi kawasan dataran. Perkara yang perlu diambil perhatian:

1. Kita kena akur apabila gate ditutup kerana telah mencapai kuota yang dibenarkan.

2. Untuk itu, bagi umat di KKD sekitar KSFX, digalakkan untuk hanya mengikuti Misa Online. Misa Kudus KKD akan diatur untuk dijalankan di KKD anda. Pengerusi KKD sekitar KSFX diminta untuk berhubung dengan Urusetia/SU MPP sekiranya KKD sudah memenuhi SOP dan bersedia untuk menjalankan Misa.

3. Demikian juga bagi warga berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak serta mereka yang tidak sihat, Misa Kudus dan pemberian Sakramen akan diatur untuk anda. Maklumkan kepada Pengerusi KKD anda.

4. Umat di KUK dalam setiap Zon, digalakkan untuk menyertai Misa/Ibadat di tempat masing² dan tidak hadir ke Katedral. Jadual Misa / Ibadat boleh didapati melalui ERisalah yang dikeluarkan pada setiap hari Jumaat.

5. Borang permohonan Intensi Misa boleh diperolehi di pejabat Paroki pada masa pejabat dan dikembalikan selewat-lewatnya pada hari Sabtu untuk dibawakan dalam Misa Kudus. Tiada borang disediakan sebelum Misa Kudus. Permohonan Intensi untuk Misa online boleh dipohon melalui Messenger di Page FB Keuskupan.

Kami berharap semua umat memahami keadaan pada masa ini dan semoga tiada berlaku salah faham, kekasaran bahasa dan layanan yang mungkin mengguris hati anda.

Semoga penerangan singkat ini, dapat memberikan penjelasan untuk anda semua.

Sekian.

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Aphrinale Jupirik[email protected]
Shalom Fr , adakah fr akan membuat sakramen pengakuan dalam tempoh sekarang ni ? Boleh saya tahu bila pengakuan itu akan diadakan di gereja di ksfx keningau .