KSFX terima 526 Katekumen

Seramai 526 orang telah mengikuti Upacara Penerimaan Katekumen Peringkat Paroki Katedral St Francis Xavier (KSFX).

Sep 09, 2017

KENINGAU: Seramai 526 orang telah mengikuti Upacara Penerimaan Katekumen Peringkat Paroki Katedral St Francis Xavier (KSFX). Upacara penerimaan in bertempat di Katedral St. Francis Xavier.

Jumlah ini adalah jumlah keseluruhan Katekumen dari 10 Zon dalam Paroki KSFX. Upacara ini disempurnakan oleh Uskup Cornelius Piong. Dalam homilinya, Bapa Uskup mengingatkan Katekumen agar tidak berasa hairan dan kecewa dengan kejahatan di dunia yang tetap berlaku meskipun Tuhan itu ada. Jelas prelatus itu, kebaikan dan kejahatan sama-sama dibenarkan hadir di dunia ini dan dalam kehidupan kita kerana belas kasih Tuhan yang memberi peluang, ingin menyelamatkan kedua-duanya iaitu si pelaku baik dan pelaku jahat.

Ketua Keuskupan Keningau itu juga mengatakan bahawa cabaran pada masa kini ialah bagaimana untuk mengenal yang baik dan yang jahat. Oleh itu, beliau menekankan agar Katekumen sentiasa berusaha untuk mengenal sumber kebenaran dan kebaikan iaitu Tuhan Yesus sendiri. Dalam firman-Nya, “Akulah jalan kebenaran dan kehidupan,” maka, seharusnya kita mengusahakan diri untuk bersatu dengan Dia agar dikuasai dan semakin serupa dengan Dia

Bapa Uskup berpesan lagi bahawa setiap hari harus sentiasa berwaspada dan mengenal pengaruh- pengaruh jahat di sekeliling kita. melalui sekeliling, lebih-lebih melalui kawan-kawan kita. Para Katekumen juga diseru agar tidak mensiasiakan usaha Tuhan memanggil mereka mengikuti Dia dan mendoakan mereka agar mereka sentiasa berpihak kepada Kebenaran

Total Comments:0

Name
Email
Comments