Kunjungan kehormat MCCBCHST kepada Perdana Menteri

Kunjungan kehormat MCCBCHST kepada Perdana Menteri

Feb 01, 2019

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) telah mengunjungi pejabat Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad di Putrajaya pada 11 Januari lalu.

Gereja Katolik diwakili oleh Uskup Agung Julian Leow.

Perdana Menteri telah mengulangi pendirian tegasnya bahawa kerajaan di bawah pentadbirannya akan selalu prihatin terhadap semua agama. Namun PM menasihati, pada masa yang sama, beliau meminta semua pihak untuk menghormati dan taat kepada peraturan undangundang.

Timbalan presiden MCCBCHST, Sardar Jagir Singh mengatakan Mahathir telah meyakinkan mereka bahawa kerajaan Harapan melihat semua keperluan pelbagai pihak berpandukan Perlembagaan Negara dan undang-undang. — sumber Malaysiakini

Total Comments:0

Name
Email
Comments