Kunjungan pastoral Uskup Agung John ke Limbahau

Kunjungan pastoral Uskup Agung John ke Limbahau

Nov 16, 2018

LIMBAHAU: Seramai 128 orang telah menerima Sakramen Penguatan di Gereja Holy Rosary, Limbahau pada 21Oktober yang lalu sempena lawatan pastoral Uskup Agung John Wong ke paroki tersebut. Semua calon datang daripada komuniti- komuniti Katolik yang di bawah paroki Limbahau.

Dalam pesanannya kepada para penerima Sakramen Penguatan, Uskup Agung John Wong menyeru agar mereka berterusan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti gereja dengan melibatkan diri dalam pelayanan-pelayanan yang ada di dalam gereja.

Seorang katolik hanya akan dapat bertumbuh imannya melalui keterlibatan aktif dalam pelbagai aktiviti gereja, jelas prelatus itu. Prelatus itu juga berharap agar ada di antara penerima sakramen dan juga para belia dari paroki itu tampil untuk melayani sebagai religius atau sebagai paderi.

Sempena lawatan Uskup Agung John Wong, acara menyerahkan sumbangan bagi pembangunan Pusat Katolik Diosis Agung sebanyak RM220,000.00 oleh Paderi Paroki Limbahau, Father Thomas Yip juga telah dilaksanakan.

Sumbangan tersebut merupakan hasil terkumpul sumbangan mingguan oleh seluruh umat dari paroki tersebut selama satu tahun. — PZK

Total Comments:0

Name
Email
Comments