Lahad Datu: KKD bantu KKD pada musim PKP

Misi Bantuan untuk golongan yang memerlukan kerana terputus mata pencarian akibat Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) sejak 19 Mac lalu, amat dialu-alukan oleh Paderi Paroki St Dominic, Father Simon Kontou.

May 16, 2020

LAHAD DATU: Misi Bantuan untuk golongan yang memerlukan kerana terputus mata pencarian akibat Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) sejak 19 Mac lalu, amat dialu-alukan oleh Paderi Paroki St Dominic, Father Simon Kontou.

Di Paroki Lahad Datu, misi bantuan diagihkan melalui Keluarga Kristian Dasar  (KKD). Kemurahan hati umat Paroki St. Dominic, Lahad Datu untuk menderma telah membolehkan misi ini terlaksana.

Komisi Pembangunan Insan Keuskupan Sandakan amat bersyukur selepas menerima laporan daripada Komiti Pembangunan Insan Paroki bahawa bantuan-bantuan sebegini juga mendapat perhatian dari pihak NGO dan Agensi  Kerajaan selain Gereja Katolik.

Sekiranya masih ada di kalangan anda yang terbuka hati untuk menjadi penderma, silalah menghubungi Pejabat Pastoral Keuskupan Sandakan melalui emel mereka: dospo1@gmail.comSumbangan anda sudah amat bermakna dan Tuhan memberkati kebaikan dan kemurahan hati anda.

Total Comments:0

Name
Email
Comments