Laman rasmi Basilika Minor Santa Anna dilancarkan

Laman web rasmi Basilika Minor Santa Anna telah dilancarkan 1 Julai 2020. Penziarah dan pendevosi kepada Sta Anna kini mudah mengakses jadual dan program kerana Perayaan Sta Anna pada tahun ini akan disiarkan secara langsung.

Jul 03, 2020

BUKIT MERTAJAM: Laman web rasmi Basilika Minor Santa Anna telah dilancarkan 1 Julai 2020. Penziarah dan pendevosi kepada Sta Anna kini mudah mengakses jadual dan program kerana Perayaan Sta Anna pada tahun ini akan disiarkan secara langsung.

Laman web ini akan menjadi alat untuk terus berhubung antara satu sama lain khususnya pada tahun ini, kerana perhimpunan secara fizikal untuk Perayaan Sta Anna dari 24 Julai 2020 - 2 Ogos 2020, tidak akan dapat dilakukan kerana pandemik COVID-19.

Di antara banyak inisiatif yang diambil bagi meneruskan misi untuk mengasihi dan melayani orang lain dengan cara Kreatif, Inklusif dan Membangun Hubungan sepanjang 10 hari Perayaan Sta Anna tahun ini adalah seperti berikut:

1. Siaran langsung Adorasi dan Benediksi setiap hari selama satu jam.

2. Novena dan Misa dalam Bahasa Malaysia, Tamil, Inggeris dan Mandarin juga akan disiarkan secara langsung setiap hari.

3. Patung asli Sta Anna yang berada di shrine dapat dilihat secara langsung melalui laman web ini.

4. Penziarah dan pendevosi yang mahu menyalakan lilin,memberikan kalungan dan bunga, menulis petisyen dan permintaan doa kepada Sta. Anna juga boleh melakukannya melalui cara digital ini.

5. Para Paderi dan Uskup ada berdekatan,  setiap hari semasa Perayaan Sta. Anna, sekiranya ada keperluan untuk berbicara dengan seorang paderi untuk doa dan berkat.

6. Tim Kaunseling juga sentiasa bersedia dan melayani mereka yang memerlukan telinga untuk bantuan untuk mendengar pergelutan dan keraguan mereka.

7. Penziarah dan pendevosi dijemput untuk berkongsi, dalam semua bahasa, pengalaman dan kesaksian mereka melalui perantaraan Sta. Anna di laman web ini agar dapat menjadi sumber inspirasi bagi orang lain.

Semua ini dan banyak lagi perincian mengenai masa dan program untuk Perayaan Sta Anna 2020 dapat dicapai melalui laman web ini. Maklumat lebih lanjut mengenai Minor Basilika Sta. Anna, boleh dilayari dan dibaca  laman web rasmi www.minorbasilicastannebm.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments