Lapan perkumpulan Karismatik bahagi rahmat sukacita

Lapan perkumpulan Karismatik bahagi rahmat sukacita

Oct 12, 2018

LABUAN: Lebih 200 peserta dari lapan buah Komuniti Covenant di seluruh Malaysia menyertai sebuah konvensyen yang diadakan di Hotel Tiara, Labuan pada 30 Ogos hingga 2 Sept lalu.

Ini merupakan julungjulung kalinya Labuan menjadi tuan rumah Fellowship of Malaysian Covenant Communities (FMCC)

Pengerusi FMCC, Sdra Anthony Lim mengongsikan seruan Sri Paus Fransiskus bahawa “Pembaharuan Karismatik merupakan rahmat terkini seluruh Gereja. Pembaharuan karismatik lahir dari “Ekumenikal” di mana Roh Kudus memanggil semua umat Kristian untuk mewartakan bersama-sama bahawa Yesus adalah Tuhan dan Bapa Pengasih kepada semua anak-anak-Nya.

Sdra Anthony juga menjelaskan empat harapan Bapa Suci terhadap Gereja melalui Pembaharuan Karismatik Katolik (CCR) bagi lima dekad seterusnya; 1) Mengongsikan “Pembaptisan Roh Kudus” dengan seluruh Gereja. 2) Memuliakan Tuhan tanpa henti; 3) Bersatu dan bekerjasama dalam Gereja dan berganding bahu dengan penganut Kristian lain dalam semangat Ekumenisme dan 4) Pelayanan kepada semua orang khususnya yang miskin dan memerlukan.

Uskup Agung John Wong turut hadir dalam konvensyen ini. Prelatus itu memimpin Misa pembukaan dan penutup serta sesi ceramah.

Dengan menekankan tema FMCC pada tahun ini iaitu, “Bangkitlah, bersinarlah! Sebab, terangmu telah datang! dan kemuliaan TUHAN bangkit atasmu” (Yesaya 60:1), Bapa Uskup Agung menyeru para peserta agar menjadi garam dan terang dunia meskipun menghadapi pelbagai konflik dalam kehidupan harian.

Selama lapan tahun berturut- turut, Covenant Community berhimpun sekali setahun dalam sebuah pertemuan besar untuk mengongsikan Sabda Tuhan, mengeratkan lagi persahabatan dan memberi kesaksian tentang pengalaman perjumpaan mereka dengan Tuhan.

Lapan perkumpulan Covenant yang datang berhimpun di Labuan tersebut ialah dari Servants of Yahweh (SOY) Kuala Lumpur, Bread Of Life (BOL), Kuching; Holy Trinity (HTC), Sibu; Star of Yahweh (SYCC), Sandakan; Light Of Jesus Christ (LJCC), Kota Kinabalu; Emmaus, Penampang; Servants Of the Lord (SOL), Papar;dan Marvellous Light Of Yahweh (MLYCC), Labuan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments