Larangan guna “Allah” kekal?

Selepas enam tahun hubungan tegang kerana penggunaan kata “Allah” kumpulan yang mewakili Kristian dan Islam Malaysia, mungkin sekarang tibalah masanya untuk melangkaui isuisu yang memisahkan ini.

Jun 27, 2014

PUTRAJAYA: Selepas enam tahun hubungan tegang kerana penggunaan kata “Allah” kumpulan yang mewakili Kristian dan Islam Malaysia, mungkin sekarang tibalah masanya untuk melangkaui isuisu yang memisahkan ini.

Fr Lawrence Andrew SJ, Editor Mingguan Katolik HERALD, menyatakan bahawa beliau “kecewa” dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini yang memberi keputusan serta merta melarang akhbar itu menggunakan kata “Allah” yang merujuk kepada kata “God.”
"
Namun Fr Lawrence tetap yakin dan percaya bahawa kasih serta rasa hormat akan mengatasi rasa tidak puas hati yang menggelegak sepanjang pertempuran kontroversi undang-undang itu.

“Kita hidup sentiasa menjunjung Tuhan kita, sentiasa menghormati antara satu dengan yang lain ... kita akan sentiasa memberikan harapan kepada orang ramai agar hidup sebagai saudara dan saudari kandung,” ujar Fr Lawrence di luar mahkamah selepas penghakiman disampaikan.

Pada Jun 23 lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan dengan majoriti 4 lawan 3 bahawa ia tidak akan mendengar rayuan terhadap keputusan mahkamah yang lebih rendah mengharamkan akhbar Kristian daripada menggunakan kata “Allah”.

Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mengetuai tujuh hakim lain berkata Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar bersetuju agar rayuan tidak dibenarkan.

Tiga hakim lain, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jefrrey Tan Kok Hwa pula mengatakan rayuan sepatutnya dibenarkan.

Menurut Fr Lawrence, “Keputusan empat orang hakim itu menyentuh perkara yang tidak berkaitan tetapi tiga suara yang menentang bercakap dengan jelas mengenai hak rakyat dan hak minoriti,” katanya.

Lawrence memuji tiga orang hakim tersebut, yang disifatkannya sebagai berani dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka menemui kesilapan dan kelemahan dalam cara keputusan Mahkamah Rayuan.

“Mahkamah Rayuan sepatutnya melihat kepada prosedur keputusan mahkamah tinggi tetapi ia pergi lebih jauh dan membuat kenyataan umum yang menjejaskan orang Kristian,” katanya.

Datuk Ibrahim Ali, ketua kumpulan hak Melayu, Perkasa, yang pernah mencadangkan program pembakaran Alkitab yang mengandungi kata “Allah” dengan nada damai, menyatakan, “Semua orang harus mengasihi antara sesama, menghormati komuniti Kristian, mereka menghormati kita.

“Apa sahaja yang mereka percaya, kita haruslah hormati, apa sahaja yang kita percaya, mereka pun harus hormati,” katanya kepada para wartawan selepas keputusan mahkamah diumumkan.

Beliau mewajarkan beberapa kelakuan ahliahli Perkasa di luar Istana Kehakiman yang mengganggu semasa perbicaraan sebagai “mempertahankan iman mereka” serta menafikan adanya motif di sebalik bantahan beramai-ramai tersebut.

Beliau menekankan bahawa adalah ia adalah perlu bagi “Islam sebenar” untuk mempertahankan kesucian nama “Allah”, “Isu mempertahankan kalimah “Allah” bukanlah kerana kami mahu menjadi musuh kepada sesiapa sahaja, apatah lagi terhadap orang Kristian. Ini adalah isu iman kami, ia adalah kewajiban agama.

“Dengan keputusan pada hari ini, kami memutuskan kes ini sudah berakhir. Adalah baik menutup kes ini agar kita dapat meneruskan hidup kita, maju ke hadapan dan merapatkan hubungan di antara Islam dan Kristian agar terus harmoni seperti biasa,” ujar Ibrahim.

Fr Lawrence tetap kekal dengan pendirian Gereja Katolik bahawa keputusan awal Mahkamah Rayuan telah “menjejaskan maruah terdalam” orang-orang Kristian di negara ini namun beliau juga menekankan bahawa kepercayaan umum dalam satu Tuhan adalah apa yang akan membawa kedua-dua komuniti bersama-sama.

Peguam bagi Gereja Katolik, S. Selvarajah berkata mereka mungkin mahu melihat kemungkinan kajian semula yang berkuat kuasa pada Jun 23. Beliau berkata, peruntukan di bawah Peraturan 137 Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 boleh membenarkan untuk semakan semula Mahkamah Persekutuan. Selvarajah berkata, impak yang lebih luas larangan penggunaan kata “Allah” masih tidak jelas.

“Ketika menolak kebenaran, penghakiman Mahkamah Rayuan diadakan supaya adalah undang-undang pada masa ini, sehingga mahkamah dalam masa hadapan mampu mengkaji semula hal ini dan membetulkannya. Di luar Istana Keadilan, Putrajaya, kedengaran laungan ‘Allahuakbar’ dan ‘Takbir, Allah’ daripada kumpulan Islam yang berkumpul ketika keputusan mahkamah dibacakan. -- Sumber The Malaymailonline/The Malaysia Insider

Total Comments:0

Name
Email
Comments