Lawatan pastoral Uskup Agung John Wong ke St Joseph Papar

Lawatan pastoral Uskup Agung John Wong ke St Joseph Papar

May 18, 2018

PAPAR: Seramai 117 Krismawan telah menerima Sakramen Penguatan di Gereja St Joseph, Papar sempena lawatan pastoral Bapa Uskup Agung John Wong pada 6 Mei lalu.

Sempena upacara penerimaan Sakramen Penguatan ini turut diadakan sempena Hari Paroki St Joseph dan Bazar.

Dalam homilinya, Uskup Agung John menyatakan bahawa Kristus memilih dan menerima kita sebagai sahabat-sahabat-Nya serta mengutus kita untuk menyebarkan Injil lalu menghasilkan buah-buah kebaikan melalui perkataan dan perbuatan.

Sebelum Misa, Bapa Uskup John terlebih dahulu bersarapan dengan ahli-ahli MPP serta mendengar beberapa laporan dari pelbagai komiti dan pelayanan serta menonton klip video mengenai program tentang keluarga yang dijalankan di Paroki St Joseph, baru-baru ini.

Total Comments:0

Name
Email
Comments