LJCCC anjur karoling dalam empat bahasa

Cahaya menyinari kegelapan yang diakibatkan oleh pandemik. Pandemik Covid-19 telah menghalang pewartaan Khabar Gembira tentang kelahiran Yesus dari rumah ke rumah.

Dec 19, 2020

KOTA KINABALU: Cahaya menyinari kegelapan yang diakibatkan oleh pandemik. Pandemik Covid-19 telah menghalang pewartaan Khabar Gembira tentang kelahiran Yesus dari rumah ke rumah. Oleh itu, The Light of Jesus Christ Covenant Community  (LJCCC) telah merasmikan Christmas Carol Singalong atas talian di saluran YouTube.

Awalnya, program ini dimaksudkan untuk membawa 300 ahli LJCCC untuk berkongsi kegembiraan perayaan Krismas, namun puji Tuhan, lebih dari 1800 menyertai acara karol atas talian pada 13 Disember.

Inisiatif Advent Christmas Caroling 2020, dengan tema “Bangkit! Bersinar! Kerana Sang Cahaya telah datang" dikendalikan oleh tim Pujian Glory and Praise yang melihat cara baharu iitu sebagai  sarana digital bagi keluarga dan komuniti untuk berkumpul bersama serta berkongsi kegembiraan Krismas.

Empat tim bahasa (Bahasa Inggeris, BM, Cina dan Kadazan) telah merakamkan lagu karol mereka di rumah masing-masing.

Meskipun tidak sebegitu meriah seperti kunjungan dari rumah ke rumah tetapi ia menyegarkan semangat para umat yang menonton persembahan pelbagai kumpulan 'paduan suara' ser ta Kisah Krismas yang meninggalkan kesan sukacita serta harapan melalui pembacaan Alkitab dalam pelbagai bahasa.

Ketua LJCCC, Anthony Lim menyampaikan pesan Krismasnya kepada para ahli dengan memperingati mereka bahawa, "Banyak perkara telah berubah kerana pandemik, tetapi satu perkara yang kita pasti dan tidak akan pernah berubah - cinta Tuhan terhadap kita semua!"

Beliau menambah bahawa, "Adven mengingatkan kita akan kedatangan Kristus sebagai manusia dalam Yesus Kristus, dan perlunya mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan-Nya yang kedua.

Sebenarnya, kata Lim, dengan segala ketidakpastian yang berlaku di sekitar kita, Kristus datang menemui kita setiap saat, setiap hari; tetapi seperti murid-murid di jalan Emaus, kita sering gagal mengenali Dia.

Oleh itu, pada hari-hari terakhir Adven 2020, Lim meminta para ahli LJCC untuk “meminta Tuhan agar Roh Kudus membuka mata kita untuk mengenali Dia, untuk membuka hati kita bagi  menerima Dia sekali lagi” sehingga kita dapat “membenarkan kasih-Nya menakluki hati kita pada Krismas ini." — sumber CS

Total Comments:0

Name
Email
Comments