Luaran tidak menggambarkan emosi jiwa kita

Bayangkan ini. Anda adalah anak perempuan atau anak lelaki yang taat kepada ibu anda yang seorang balu dan tinggal di sebuah pusat bantuan.

Jul 11, 2020

Bayangkan ini. Anda adalah anak perempuan atau anak lelaki yang taat kepada ibu anda yang seorang balu dan tinggal di sebuah pusat bantuan.

Anda kebetulan tinggal berdekatan sementara kakak anda tinggal di negara lain, beribu-ribu batu jauhnya. Jadi tanggungjawab semuanya dipikul oleh anda untuk membantu menjaga ibu anda.

Anda dengan hormat mengunjunginya setiap hari. Setiap petang, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, anda singgah melawatnya dan menghabiskan masa satu jam bersamanya sementara dia makan malam. Dan anda melakukannya perkara ini dengan taat, lima kali seminggu, tahun demi tahun.

Semasa anda menghabiskan masa ini setiap hari dengan ibu anda, tahun demi tahun, berapa kali dalam setahun itu anda berbual dengan ibu anda dengan sungguh-sungguh? Sekali? Dua kali? Tidak pernah?

Apa yang anda bicarakan setiap hari? Adakah perkara-perkara biasa misalnya tentang cuaca, pasukan sukan kegemaran anda, apa yang sedang dilakukan oleh anak-anak anda, rancangan terbaharu di televisyen, bercakap tentang penyakit dan kesakitan ibu anda atau apa yang anda lakukan pada hari itu? Mungkin, anda tertidur sebentar ketika menemani dia makan  malam.

Mungkin, dalam masa setahun, ada sekali atau dua kali, anda berbual dari hati ke hati dan berkongsi kisah sesuatu yang mendalam tentang peristiwa penting, tetapi, ini jarang berlaku kecuali, setiap masa anda hanya akan sekadar meluangkan masa setiap hari dengan perbualan yang tidak penting.

Sebenarnya, dibandingkan dengan kakak anda yang (selesa) tinggal di luar negara dan pulang sekali setahun untuk menziarahi ibu anda. Ketika dia berkunjung, dia dan ibumu sangat akrab serta aktif, mereka berpelukan dengan erat, menitiskan air mata ketika melihat satu sama lain, dan nampaknya bukan berbual mengenai cuaca, pasukan sukan kegemaran mereka, dan keletihan mereka sendiri.

Dan anda boleh cemburu dengan mereka. Nampaknya meskipun mereka bertemu setahun sekali, mereka mempunyai sesuatu yang tidak anda miliki, meskipun anda selalu mengunjunginya setiap hari. Namun inilah yang terjadi.

Di antara kakak dan ibu, adakah hubungan mereka lebih erat berbanding anda yang melawat ibu anda setiap hari.

Sama sekali tidak. Apa yang mereka ada, tidak diragukan lagi, lebih emosional dan lebih afektif, tetapi, pada akhirnya, tidak terlalu mendalam. Apabila ibu anda  meninggal, anda akan mengenal ibu anda dengan lebih baik daripada orang lain yang mengenalnya dan anda adalah orang paling dekat dengannya berbanding kakak anda sendiri.

Kenapa? Kerana sepanjang hari ketika anda mengunjunginya dan meskipun seolah-olah tidak membicarakan apa-apa selain perkaraperkara biasa misalnya cuaca, tetapi beberapa perkara yang lebih mendalam berlaku di bawah “permukaan” yang tidak kita sedari.

Semasa kakak anda melawat ibu anda, perkara-perkara yang berlaku di luar atau secara fizikal (walaupun pada luaran emosi dan kasih sayang kelihatan  indah tetapi apa yang berlaku pada jiwa adalah jawapan sebenarnya). Inilah sebabnya bulan madu kelihatan lebih baik daripada perkahwinan.

Apa yang dilalui oleh kakak anda dengan ibu anda adalah umpama pengalaman para mereka yang baru mula berdoa atau pasangan pada fasa berbulan madu.

Apa yang anda alami dengan ibu anda pula adalah perumpamaan bagi orang yang sudah lama serta berpengalaman dalam doa dan taat dengan apa yang mereka lakukan dalam jangka masa yang panjang.

Pada tahap keakraban tertentu dalam semua hubungan kita, termasuk hubungan kita dengan Tuhan dalam doa, emosi dan perasaan (indah sebagaimana adanya) akan menjadi kurang penting manakala  kehadiran yang sederhana, walaupun hanya hadir, akan menjadi yang terpenting.

Sebelum itu, perkara-perkara penting telah berlaku di peringkat permukaan di mana emosi dan afektif adalah penting; sekarang ikatan mendalam berlaku para peringkat permukaan yang menjadikan emosi dan afektif semakin merosot. Pada tahap penting dalam hubungan tertentu, walaupun sekadar menunjukkan diri kepada seseorang yang penting dalam hidup kita – adalah perkara yang penting.

Kerap kali, kerohanian dan psikologi popular tidak benarbenar memahami akan perkara ini dan membingungkan mereka yang baru bermula sebagai yang mahir, bulan madu untuk perkah winan, dan apa yang kelihatan pada luaran kita disangka emosi kita yang sebenarnya.

Dalam semua hubungan kita, kita tidak dapat membuat janji bahawa perasaan kita akan sentiasa baik tetapi kita dapat membuat janji untuk selalu setia, untuk hadir, berada di sana, walaupun kita hanya sekadar berbual tentang cuaca, pasukan sukan kegemaran kita , program televisyen terkini, atau keletihan kita sendiri. Dan tidak mengapa jika sekali skala kita tertidur seperti yang dikatakan oleh Therese dari Lisieux: seorang anak kecil samasama menggembirakan ibu bapanya, terjaga atau tertidur, mungkin lebih tidur! Begitu juga dengan doa. Tuhan tidak marah jika kita sesekali tertidur semasa berdoa kerana kita sudah hadir bersamaNya dan ini sudah memadai.

Doktor jiwa Sepanyol yang hebat John of the Cross menyatakan, ketika kita melakukan perjalanan lebih jauh ke dalam hubungan apa pun, baik dengan Tuhan dalam doa, atau semakin akrab dengan orang lain, atau dengan masyarakat luas dalam melayani, pada akhirnya, luaran kita akan menjadi kurang emotif dan kurang afektif tetapi perkara penting dan mendalam mula berlaku pada jiwa kita, bukan setakat luaran fizikal kita.--Hakcipta Terpelihara 19992020 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments