Majlis Krismas Kanakkanak menenun kasih, persaudaraan

Sempena sambutan Pesta Kanak-kanak Tidak Berdosa dan Pesta Keluarga Kudus, Children’s Christmas Party telah diadakan pada 29 Disember 2017 yang lalu.

Jan 19, 2018

MEMBAKUT: Sempena sambutan Pesta Kanak-kanak Tidak Berdosa dan Pesta Keluarga Kudus, Children’s Christmas Party telah diadakan pada 29 Disember 2017 yang lalu.

Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Pastoral Paroki (MPP), Tim Liturgi Sabda Kanak-Kanak (LSKK) dan Komiti Komunikasi Sosial (KOMSOS) Paroki St. Patrick Membakut.

Ia telah dihadiri oleh 56 buah keluarga Katolik dan bukan Katolik dari sekitar daerah Membakut. Seramai 63 kanak-kanak telah berkumpul untuk merayakan majlis ini.

Program ini telah dimulakan dengan tayangan video animasi kelahiran Yesus kemudian diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Penganjur Program Sdri Patricia Bai, ucapan daripada Pengerusi MPP, Sdra Osmund Osmin Benati dan seterusnya ucapan daripada Paderi Penguasa Paroki, Father Ronnie Alfred Luni.

Selepas doa pembukaan dan doa makan, hadirin dihiburkan dengan persembahan pentas oleh sambil menikmati jamuan makan secara buffet. Selain persembahan pentas, acara pada malam tersebut dihangatkan lagi dengan permainan berkumpulan di antara anak-anak dan ibu bapa.

Di dalam ucapannya, Pengerusi Penganjur Sdri Patricia berkata, program Children Christmas Party tersebut merupakan program anjuran bersama MPP, LSKK dan KOMSOS yang pertama kali diadakan di paroki St. Patrick Membakut. Menurutnya, program ini dirancang khas untuk merayakan anak-anak di paroki ini yang sama-sama menyumbang kepada kemajuan pelayanan Gereja.

Amat membanggakan kerana sepanjang tahun 2017, anak-anak di bawah bimbingan LSKK telah banyak membantu di dalam pelayanan Koir Misa Kudus serta programprogram komiti yang lain.

Sdra Osmund Osmin, di dalam ucapannya berkata pihak MPP akan sentiasa memberi sokongan kepada semua program yang dapat membantu perkembangan iman anak-anak di paroki St. Patrick Membakut.

Beliau berharap agar program ini dapat menyatukan semua keluarga untuk memberi dorongan kepada anakanak untuk terus melibatkan diri secara aktif didalam gereja.

Bagi Father Ronnie, Children’s Christmas Party ini merupakan sebuah program yang sangat sesuai untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Ini adalah kerana, pada zaman sekarang ini, keluarga terlalu banyak menghadapi gejala negatif yang memberi ancaman kepada hubungan kasih sayang dan komunikasi dalam keluarga.

Fr.Ronnie menyeru agar ibu bapa sentiasa bersikap positif, tabah dan kuat semangat di dalam mendidik dan membentuk anak-anak mereka, memberi pendidikan keagamaan yang mencukupi agar anakanak ini dapat bertahan apabila berhadapan dengan dunia luar kelak.

Program pada malam tersebut diselang selikan dengan penyampaian hadiah kepada pengunjung bertuah seterusnya, penyampaian hadiah khas Putera dan Puteri Krismas.

Hadiah berupa dua buah basikal dimenangi oleh adik Ethelina Christionie Lung dan adik Lennard Gareth Francis. Children’s Christmas Party berakhir dengan doa malam dan berkat oleh Fr Ronnie kira-kira jam 10.30 malam.--KOMSOS St.Patrick Membakut

Total Comments:0

Name
Email
Comments