Majlis Pelajar sokong rang undang-undang melarang diskriminasi atas dasar orientasi seksual

Majlis Pelajar sokong rang undang-undang melarang diskriminasi atas dasar orientasi seksual

Feb 15, 2019

MANILA: Proses pengesahan sebuah rancangan undang-undang (RUU) untuk mengakhiri diskriminasi atas dasar gender dan seksualiti di Filipina mendapat sokongan daripada beberapa majlis pelajar dan mahasiswa dari beberapa sekolah dan universiti Katolik di negara itu.

Para senator juga menyampaikan sokongan bagi RUU tentang Kesetaraan Ekspresi dan Identiti Gender dan Orientasi Seksual dalam Kongres.

Majlis pelajar dan mahasiswa dari beberapa sekolah Katolik juga turut menyokong RUU yang melarang diskriminasi atas dasar orientasi seksual seseorang itu.

Majlis pelajar dan mahasiswa di Manila mengeluarkan sebuah pernyataan bersama yang berisi sokongan terhadap pengesahan RUU itu dan berharap legislator untuk mengesahkan RUU itu. “Dibesarkan dengan nilai-nilai Kristian tentang cinta kasih dan penerimaan … kita harus mewujudkan sebuah masyarakat yang berlandaskan pada kesetaraan,” kata mereka.

Para legislator telah mengesahkan RUU versi mereka tetapi kemudian mendapat perdebatan sebanyak 26 kali.

“Setiap hari dengan diskriminasi, orang yang mengalami perbezaan (orientasi seksual dan identiti gender) diusir dari rumah dan sekolah, diejek dan diolok-olok di jalanan, tidak diterima sebagai pekerja dan hak mereka untuk mendapatkan rawatan kesihatan juga tidak dilayani,” demikian bunyi pernyataan majlis dan mahasiswa tersebut.

Majlis pelajar dan mahasiswa dari Ateneo de Manila yang dikendalikan oleh SJ, Universiti Dominikan Santo Tomas, Universiti San Beda, Universiti De La Salle, Kolej Miriam, Kolej St. Scholastica dan Kolej St. Benilde menyebut “didikan Kristian” mereka telah memberi mereka semangat serta mendorong mereka untuk menyokong RUU itu. — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments