Makan malam sumbangan kasih di Tenom

Sedar akan keperluan dalam membantu seminarian, Kerasulan Wanita Katolik Paroki St. Anthony Tenom telah mengadakan makan malam sumbangan kasih untuk dana Tabung Seminarian pada 21 April, di dewan terbuka Msgr Augustine Watcher dan telah berjaya menjual sebanyak 31.5 meja tajaan.

Jun 09, 2017

TENOM: Sedar akan keperluan dalam membantu seminarian, Kerasulan Wanita Katolik Paroki St. Anthony Tenom telah mengadakan makan malam sumbangan kasih untuk dana Tabung Seminarian pada 21 April, di dewan terbuka Msgr Augustine Watcher dan telah berjaya menjual sebanyak 31.5 meja tajaan.

Puan Florence Chia selaku pengerusi penganjur, dalam ucapannya berterima kasih kepada Uskup Cornelius Piong kerana dapat meluangkan masa bersama dalam majlis ini, serta semua penaja dan juga umat yang bermurah hati untuk membeli tiket makan bagi tujuan dana tabung seminarian.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli KWK Paroki, Komiti dan juga individu yang terlibat dalam membantu persiapan bagi menjayakan makan amal ini.

Fr. David Mamat selaku Paderi Paroki turut mengucapkan terima kasih pengerusi penganjur dan juga KWK paroki atas inisiatif mereka menganjurkan makan malam amal tersebut dan kepada semua penaja meja serta umat yang bermurah hati.

Dalam ucapannya Fr. David telah menerangkan serba sedikit tentang perbelanjaan bagi seorang seminarian yang mencecah RM 14,000 setahun. Acara makan malam sumbangan kasih bermula dengan doa yang dipimpin oleh Bapa Uskup.

Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan pentas oleh KWK Paroki sendiri dan juga lagu tajaan yang melibatkan Fr. David, Fr. Benedict, Fr Roney Mailap, Sr, Leone dan juga Sr. Felicity yang mana hasil tajaan akan disalurkan ke tabung Seminarian.

Datuk Seri Panglima Radin Malleh juga turut hadir dan menaja beberapa meja serta menaja lagu untuk Bapa Uskup yang telah menyampaikan dua buah lagu.

Datuk Seri juga telah menyerahkan sumbangan berupa alat musik untuk kegunaan KIPKK yang telah diterima oleh Puan Doroty Chong selaku pengerusi KIPKK paroki.

Majlis ditutup dengan doa oleh Fr. David Mamat.--Christy F. Anjun

Total Comments:0

Name
Email
Comments