Makanan untuk manfaat jiwa

Cinta pertama saya ialah kesusasteraan, novel dan puisi. Semasa masih kanak-kanak, saya sangat gemar membaca buku cerita, misteri dan pengembaraan.

Jan 12, 2019

Cinta pertama saya ialah kesusasteraan, novel dan puisi. Semasa masih kanak-kanak, saya sangat gemar membaca buku cerita, misteri dan pengembaraan. Ketika di bangku sekolah rendah, saya telah banyak menghafal puisi dan sangat suka mata pelajaran tersebut. Sekolah Menengah pula memperkenalkan saya kepada kesusasteraan yang lebih serius misalnya Shakespeare, Kipling, Keats, Wordsworth dan Browning. Kemudian, selepas sekolah menengah, saya masih membaca buku-buku cerita, kisah-kisah lagenda koboi dari Barat yang didapati dari rak buku ayah saya.

Semasa menuntut di universiti, kesusasteraan merupakan sebahagian besar kurikulum saya dan kemudian, melalui kesusasteraan itu, saya belajar bahawa ia bukan sekadar cerita tetapi juga tentang ulasan sosial dan agama dan saya menghirup keindahan setiap karya tersebut dari awal hingga akhir.

Di dalam kelas, kami membaca novel-novel klasik: Nineteen EightyFour, Lord of the Flies, Heart of Darkness, The Heart of the Matter, East of Eden. Pada masa itu, Kanada amat menitik beratkan para penulis British. Hanya beberapa tahun selepas itu, atas usaha sendiri, saya dapat meneroka kekayaan karya para penulis dari Kanada, Amerika Syarikat, Afrika, India, Rusia dan Sweden.

Saya telah diperkasakan dengan ketekesis pada masa muda saya dan jika katekismus memegang iman saya, kesusasteraan menyokong teologi saya. Tetapi selepas kesusasteraan, muncul pula falsafah. Sebahagian daripada persediaan sebelum ditahbis ialah kami diperlukan untuk mendapatkan Ijazah dalam Falsafah.

Saya sangat bertuah kerana di atas bimbingan beberapa guru yang bijak, saya jatuh cinta dan sangat menyukai falsafah. Kursus-kursus falsafah adalah lebih berat dan banyak menggunakan karya ahli-ahli akademik seperti Aristotle, Plato, Augustine, Aquinas. Malah, kami juga diberikan falsafah berbau sejarah dan asas tentang Existentialisme dan beberapa pergerakan falsafah kontemporari. Saya sangat kagum, falsafah akhirnya menjadi teologi saya. .

Namun, selepas falsafah, tibalah giliran teologi untuk saya pelajari. Selepas pengajian falsafah, kami diminta pula mengambil ijazah dalam teologi sebelum ditahbis. Sekali lagi, saya bertuah kerana mendapat didikan daripada guru-guru yang baik. Dan pada masa itu, saya amat bertuah kerana dapat belajar teologi sesama Konsili Vatikan II dan teologi baru mula menembusi sekolahsekolah teologi dan seminari.

Sungguh seronok mempelajari teologi baru dan banyak menimba ilmu daripadanya. Sebagai seorang Katolik, saya dan rakan-rakan saya membaca karya Congar, Rahner, Schillebeeckx, Schnackenburg, dan Raymond Brown. Kami juga didedahkan dengan para penulis Protestan seperti Barth, Tillich, Niebuhr dan ramai lagi ahli akademik dalam kitab suci.

Iman masa muda saya akhirnya menemui tunjang kebijaksanaan yang sekian lama dirindui. Teologi menjadi semangat baru saya. Kemudian, selepas teologi, saya berkenalan pula dengan spiritualiti.

Selepas ditahbis, saya diberi peluang untuk membuat ijazah lanjutan dalam teologi. Ijazah itu telah memperdalamkan lagi cinta dan komitmen saya dalam teologi. Ia juga membukakan pintu saya untuk menjadi pengajar dan selama enam tahun saya mengajar teologi kepada graduan.

Ia merupakan tahuntahun yang begitu baik di mana saya berada di tempat yang saya mahukan iaitu dalam kelas teologi. Namun, sepanjang enam tahun itu, saya mula meneroka penulisan mistik dan berusaha memulakan beberapa kursus tentang spiritualiti.

Saya memulakan kursus spiritualiti tentang ahli mistik hebat Sepanyol, John of the Cross. Selepas beberapa tahun, saya memulakan pengajian kedoktoran saya, dan dalam masa yang sama, saya menumpukan kepada teologi Sistematik. Tesis saya adalah berkenaan teologi semula jadi, dan ada sesuatu yang menyentuh serta mengubah saya. Saya mendapati diri saya, selepas beberapa tahun, sama ada dalam penulisan dan mengajar, semakin hari semangat saya semakin beralih ke dalam lapangan spiritualiti . Tidak hairan, selepas beberapa tahun, saya kurang mengingati rakan-rakan kursus saya dalam teologi Sistematik. Kejujuran memaksa saya untuk menumpukan dalam lapangan spiritualiti. Dan apa itu spiritualiti? Bagaimana ia berbeza daripada teologi? Pada suatu tahap, keduaduanya kelihatan tidak ada perbezaan.

Spiritualiti adalah teologi terapan atau teologi lapangan. Baik spiritualiti dan teologi, kedua-duanya mempunyai permulaan dan pengakhiran yang sama. Tetapi tetap ada bezanya. Teologi mentakrifkan lapangan berkaitan, mentakrifkan doktrin-doktrin, membezakan kebenaran daripada kepalsuan dan bertujuan menyemarakkan imaginasi yang bijaksana. Menurut tradisi, inilah yang dipanggil, iman mencari pemahaman. Namun, biar pun ia sangat kaya dan penting, ia bukanlah permainan.

Teologi membuat beberapa peraturan untuk permainan tetapi ia tidak bermain atau menetapkan hasil. Itulah peranan spiritualiti, kerana itu ia perlu ketaatan kepada teologi. Tanpa iringan teologi, spiritualiti selalu jatuh kepada kewarakan melampau, individualisme yang tidak sihat dan fundamentalisme yang mementingkan diri sendiri. Hanya melalui akademik teologi yang mendalam dan aktif menyelamatkan kita daripada kejatuhan seperti yang dikatakan tadi.

Tetapi, tanpa spiritualiti, teologi juga mudah menjadikan kita orang yang berintelek estetika, walau sedalam mana pengetahuan kita tentang spiritualiti. Ada bezanya antara mempunyai kebenaran koheren dan doktrinal yang baik, juga memberi sesuatu yang manusiawi, di jalanjalan, di rumah, ketika kita dalam persoalan dan kesangsian berpanjangan. Teologi perlu memberikan kita kebenaran, spritualiti memerlukan kita untuk terbuka kepada kebenaran itu. Oleh itu, saya telah mencapai satu lingkaran penuh.

Dari membaca kisah-kisah buku cerita pada zaman kanak-kanak, kemudian beralih kepada Shakespeare pada masa sekolah menengah, bertukar kepada novelis dan puisi semasa menjadi mahasiswa, kemudian jatuh cinta dengan falsafah Aristotle dan Aquinas, seterusnya berubah hati kepada lapangan teologi oleh Rahner dan Tillich, melalui ahliahli akademik Raymond Brown dan Ernst Kasemann, melalui hermeneutik Pasca-Moden dalam mendalami ijazah lanjutan saya, melalui 40 tahun pengalaman mengajar teologi, saya menjejakkan kaki di mana saya telah bermula — masih mencari ceritacerita baik yang memberi makanan kepada jiwa.-- Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2019

Total Comments:0

Name
Email
Comments