Maria bukan sekadar instrumen Tuhan

Tuhan mengkehendaki bahawa Yesus Kristus seharusnya mempunyai seorang ibu manusia yang benar tetapi hanya Tuhan sahaja sebagai Bapa-Nya, kerana Dia ingin membuat satu permulaan baru yang boleh dikaitkan kepada-Nya sahaja dan tidak kepada kuasa-kuasa duniawi.

Nov 20, 2020

Soalan 1: Mengapa Maria itu Perawan?

Tuhan mengkehendaki bahawa Yesus Kristus seharusnya mempunyai seorang ibu manusia yang benar tetapi hanya Tuhan sahaja sebagai Bapa-Nya, kerana Dia ingin membuat satu permulaan baru yang boleh dikaitkan kepada-Nya sahaja dan tidak kepada kuasa-kuasa duniawi. [484-504, 508-510]

Keperawanan Maria bukanlah tanggapan mitologi yang ketinggalan zaman tetapi asas kepada kehidupan Yesus. Dia dilahirkan dari seorang wanita tetapi tidak mempunyai bapa manusia. Yesus Kristus merupakan satu permulaan baru di dunia yang telah dimulakan dari atas.

Dalam Injil Lukas, Maria bertanya kepada malaikat itu, “Bagaimana hal itu mungkin, kerana aku belum bersuami?” (Tidak tidur dengan seorang lelaki, Luk 1:34); malaikat itu menjawab, “Roh Kudus akan turun atasmu” (Luk 1:35).

Walaupun Gereja sejak awal diejek disebabkan kepercayaan terhadap keperawanan Maria, Gereja sentiasa percaya bahawa keperawanan itu adalah benar dan tidak sekadar simbolik.

Soalan 2: Adakah Maria mempunyai anak-anak lain selain Yesus?

Tidak. Yesus adalah satu-satunya anak Maria dalam erti kata fizikalnya.

Walaupun pada Gereja awal, keperawanan kekal Maria telah mengandaikan, yang menolak kemung kinan Yesus mempunyai adik-beradik daripada ibu yang sama. Dalam bahasa Aramaik, bahasa ibunda Yesus, hanya ada satu perkataan saja untuk merujuk kepada adik-beradik dan sepupu. Apabila Injil bercakap mengenai “saudara-saudara” Yesus (misalnya, Mk 3:31-35), ia merujuk kepada saudara terdekat Yesus.

Soalan 3: Bukankah tidak wajar untuk memanggil Maria “bonda” Tuhan?

Tidak. Sesiapa sahaja yang memanggil Maria sebagai Bonda Tuhan dengan itu mengaku bahawa Anak Maria ialah Tuhan. [495, 509]

Umat Kristian yang awal berdebat siapakah Yesus, gelaran Theotokos (“pembawa Tuhan”) menjadi ciri untuk tafsiran ortodoks Kitab Suci: Maria tidak semata-mata melahirkan seorang manusia yang kemudian selepas kelahirannya “menjadi” Tuhan, melainkan walaupun di dalam kandungannya anaknya itu ialah Anak Tuhan yang sebenar. Perdebatan ini pertama-tama bukanlah mengenai Maria, sebaliknya, ia berkenaan dengan persoalan sama ada dalam masa yang sama Yesus itu benarbenar manusia dan benar-benar Tuhan.

Soalan 4: Apakah maksud “Maria dikandung Tanpa Noda Dosa”?

Gereja percaya bahawa "Perawan Maria adalah, dari saat pertama dikandung, oleh rahmat tunggal dan  keistimewaan Tuhan Yang Maha Kuasa dan berdasarkan merit Yesus Kristus, Penyelamat umat manusia, dipelihara daripada segala noda dosa asal” (dogma tahun 1854; ‘ DOGMA) [487- 492,508].

Kepercayaan kepada Maria Dikandung Tanpa Noda Dosa telah wujud sejak awal Gereja. Ungkapan ini disalah fahami hari ini. Ia mengatakan bahawa Tuhan memelihara Maria daripada dosa asal dari awal lagi. Ia berkata apa-apa tentang Yesus dikandung di dalam rahim Maria. Ini tidak sama sekali bermaksud untuk merendahkan nilai seksualiti di dalam agama Kristian, seolah-olah suami dan isteri akan menjadi “tercemar” jika mereka melahirkan anak.’ 68-69

Soalan 5: Adakah Maria hanya sekadar instrumen Tuhan?

Maria bukan semata-mata instrumen atau sarana Tuhan yang pasif. Penjelmaan Tuhan juga berlaku melalui persetujuan aktif. [493-494, 508-511].

Apabila malaikat itu memberitahu bahawa dia akan mengandung “Anak Tuhan”, Maria menjawab, “jadilah padaku menurut perkataanmu itu” (Luk 1:38). Penebusan manusia oleh Yesus Kristus dengan itu bermula dengan permintaan oleh Tuhan dan persetujuan bebas manusia makhluk — dan kehamilan yang berlaku sebelum Maria berkahwin dengan Yusuf. Oleh jalan yang luar biasa ini Maria menjadi bagi kita “Pintu Keselamatan”.’ 479 — Katekismus Belia Katolik/Youcat

Total Comments:0

Name
Email
Comments