Masa penciptaan, Uskup seru umat wujudkan pertobatan ekologi

Uskup Katolik Sibu, Joseph Hii, menyeru umat agar mengubah cara hidup dan mula merawat dan melindungi bumi dari terus dihancurkan.

Sep 12, 2020

SIBU: Uskup Katolik Sibu, Joseph Hii, menyeru umat agar mengubah cara hidup dan mula  merawat dan melindungi bumi dari terus dihancurkan. 

Prelatus itu mengatakan bahawa penting bagi semua orang pada hari ini untuk melakukan sesuatu bagi bumi untuk membolehkan generasi masa hadapan terus menjalani kehidupan dalam dunia yang terus maju dan maju.

“Dunia kita telah mengalami begitu banyak kemajuan tetapi dengan mengorbankan Ibu Alam. Kita tidak dapat menghentikan kemajuan. Itulah sebabnya kita mesti mempunyai keseimbangan.

"Kita harus mula memulih dan menyimpan demi generasi masa depan kita," katanya.

Uskup Hii menyelitkan hal menjaga bumi ini semasa menyampaikan homili beliau dalam Misa Pelancaran Kempen Lima Tahun yang bertema, "Lindungi Bumi Kita, Lindungi Anak-Anak Kita" di Katedral Sacred Heart. 

Kempen lima tahun itu bermula dari 1 September hingga 31  Ogos 2025 yang mendesak dan mempromosi kepada para umat beriman agar melindungi semua kehidupan di bumi. Setiap tahun, kempen ini akan mempunyai tema yang berbeza. Pada tahun ini, ia bertema "Kurangkan Penggunaan Elektrik."

Bersesuaian dengan tema tersebut, Uskup Hii mengatakan 12 paroki di Keuskupan Sibu akan masing-masing menerima panel solar untuk mengurangkan penggunaan elektrik. "Mudah-mudahan, kita akan mengurangi penggunaan elektrik melalui usaha ini, bukan hanya gereja, tetapi kita semua mesti berusaha berjimat menggunakan elektrik," katanya.

Uskup Hii juga mengatakan 1 September juga merupakan Hari Doa Sedunia untuk 'Penjagaan Ciptaan' untuk umat Katolik di seluruh dunia yang dilancarkan oleh Sri Paus Fransiskus pada tahun 2015.

Dalam menangani masalah perubahan iklim dan perlunya pertobatan ekologi, pada  tahun 2015 Sri Paus Fransiskus juga menetapkan 1 September hingga 4 Oktober sebagai 'Musim Penciptaan' pada setiap tahun. Uskup Sibu  mengatakan bahawa tema Musim Penciptaan tahun ini adalah 'Jubli untuk Bumi: Ritma Baharu, Harapan Baharu."

Selepas pelancaran, umat juga menonton klip video dan persembahan sketsa oleh para belia. Ini diikuti dengan ‘Plogging Walk’ (mengutip sampah) yang bermula di katedral menuju ke beberapa jalan utama dan kembali ke katedral.

Selain Hari Bumi, Uskup Hii juga mengatakan Gereja Katolik turut bergabung dengan agama lain untuk doa 15 hari bagi negara, dari 31 Ogos hingga 14 September sempena sambutan Hari Malaysia.

Gereja Katolik memulakan Hari Doa ini pada hari pertama, untuk intensi keteguhan kepercayaan kepada Tuhan. Gereja denominasi lain juga mengambil giliran masingmasing selama 14 hari dengan pelbagai intensi. Masa

Total Comments:0

Name
Email
Comments