Media untuk komunikasi bukan alat tular berita bohong

Uskup Agung John Wong mengakui bahawa media sosial adalah anugerah Tuhan untuk meningkatkan komunikasi, mengerat hubungan dan perkongsian pengetahuan.

May 30, 2020

KOTA KINABALU: Uskup Agung John Wong mengakui bahawa media sosial adalah anugerah Tuhan untuk meningkatkan komunikasi, mengerat  hubungan dan perkongsian pengetahuan.

"Namun demikian, seperti mana perkara atau alat buatan manusia, ia adalah buatan manusia, hadiah ini boleh disalah guna bagi mencetuskan rasa takut, tidak percaya dan putus asa," kata Uskup Agung John Wong dalam pesan khas yang dikeluarkan untuk memperingati Hari Komunikasi Sedunia ke-54 yang jatuh pada Ahad, 24 Mei.

Oleh itu, seseorang harus berhatihati agar tidak mudah percaya pada berita dan cerita yang belum disahkan dan ditularkan setiap detik. Tema yang dipilih oleh Sri Paus Fransiskus, adalah bercerita, menggunakan petikan dari Kitab Keluaran dalam Alkitab, “Supaya engkau dapat Menceritakan Kepada Anak Cucu mu (Kel 10:2) dalam pesannya untuk perayaan pada tahun ini.

Sri Paus menyatakan dalam pesannya bahawa hidup adalah proses komunikasi yang berterusan, saling berhubungan antara satu sama lain dengan kisah-kisah baik ... kisah-kisah yang menolong kita menemukan kembali akar dan kekuatan kita untuk terus maju.

Bapa Suci juga memberi peringatan, “Tidak semua cerita itu bagus, lebih-lebih lagi apabila ia bertujuan untuk mengeksploitasi, menipu dan tidak menghormati martabat manu sia mereka.”

Sri Paus menyeru umat Katolik di seluruh dunia pada kesempatan Hari Komunikasi Sedunia, untuk mencari kebijaksanaan, keberanian, ketabahan dan ketelitian yang baik untuk menolak apa yang salah dan jahat.

Uskup Agung Wong mengatakan bahawa dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh kerajaan di Malaysia, ramai orang menggunakan penggunaan media sosial untuk mengekalkan hubungan dan meluangkan masa.

"Ini adalah rahmat yang tersembunyi kerana ikatan keluarga diperkukuhkan atau dipulihkan. Lonjakan penggunaan media sosial menunjukkan bahawa orang sentiasa ‘haus’ untuk berkomunikasi, berkongsi cerita dan mendapat maklumat terkini.

"Namun, infodemik coronavirus, seperti yang dinyatakan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), telah menimbulkan kekeliruan besar untuk menentukan mana kisah yang benar dan kisah yang tidak betul dan kenyataan berlebihan mengenai pandemik itu.

“Dapat dimengerti bahawa pada masa-masa kecemasan dan krisis, soalan kritikal diajukan dan memerlukan jawapan segera.

"Seseorang harus berhati-hati agar tidak cepat terpengaruh dengan berita dan cerita yang tidak disahkan yang disiarkan setiap detik," kata Uskup Agung John Wong dalam pesan Hari Komunikasi ke-54.

Total Comments:0

Name
Email
Comments