Meditasi kematian

Nama khusus bagi latihan ini ialah maranasati. Dengan menggunakan kaedah pelbagai visual dan kontemplasi, seseorang merenung hakikat kematian, termasuk bagaimana keadaan tubuh ini sesudahnya. Misalnya, dibayangkan tubuh kita yang terbaring beberapa hari, lalu cacing dan ulat menggerogotinya.

Feb 16, 2020

Soalan: Baru-baru ini, saya membaca di sebuah platform media mengatakan bahawa warga Korea membuat latihan mati demi belajar menghargai hidup. Bagaimana pandangan Gereja mengenai ini? Apakah harus seperti itu cara menghargai hidup?

Jawaban: Berita yang anda baca, adalah termasuk dalam tradisi Buddha  yang memandang penting meditasi kematian.  Kata-kata Buddha yang terkenal dibaca sebagai berikut: “Dari semua jejak kaki, jejak kaki gajahlah yang tertinggi. Begitu pula, dari semua meditasi fikiran, meditasi atas kematian adalah yang tertinggi.”

Nama khusus bagi latihan ini ialah  maranasati. Dengan menggunakan kaedah pelbagai visual dan kontemplasi, seseorang merenung hakikat kematian, termasuk bagaimana keadaan tubuh ini sesudahnya. Misalnya, dibayangkan tubuh kita yang terbaring beberapa hari, lalu cacing dan ulat menggerogotinya. Tubuh rosak menjadi kerangka, sampai akhirnya berserakan sebagai tulang rapuh dan hancur men jadi debu.

Meditasi kematian itu meningkatkan juga kesedaran akan hidup, bahawa hidup ini singkat, dan kita semua akan mati.

Bila tiba saatnya, apa pun yang kita miliki tidak akan membantu kita, bahkan orang yang kita cintai tidak dapat membantu kita.

Ia menegur bahawa ketegangan hidup yang diakibatkan oleh cita-cita dan persaingan. Semuanya akan hilang, habis dan lenyap. Orang semestinya berserah, berani melepaskan keinginan-keinginan dan memilih yang perlu sahaja. Inilah jalan pengosongan diri yang memberi kebahagiaan.

Umat Katolik dapat juga menggunakan meditasi kematian seperti itu untuk menghargai hidup, untuk bersikap kritis terhadap keinginan-keinginan yang tak teratur dan pencarian diri yang sia-sia. Namun kita juga mempunyai  pelbagai latihan rohani mirip yang juga menganjurkan model meditasi ini dan macam-macam aksi atau matiraga.

Pertanyaan refleksinya adalah: apa yang aku cari dalam hidup ini? Apa  yang harus aku buat agar hidupku yang singkat ini bermakna? Di sini sabda Yesus tentang ketamakan menyatakan, “Apa gunanya memperoleh harta dunia, kalau kamu tidak kaya di hadapan Tuhan?" (bdk. Luk. 12:26). Kitab Pengkotbah juga mengingatkan kita tentang kesia-siaan hidup (Pkh. 1). Namun demikian terdapat perbezaan penting di sini. Pertama, dalam tradisi Katolik bukan hanya kematian fizikal sahaja yang direnungkan, tetapi khususnya  kematian akibat dosa. Kematian akibat dosa ini telah ditebus berkat kematian Kristus.

Dengannya makna hidup terungkap jelas, iaitu bahawa kita sungguh-sungguh dikasihi Tuhan. Hidup kita sekarang ini adalah anugerah.

Tuhan sendiri telah memperjuangkannya bagi kita. Merenungkannya akan membuat kita merasa sangat beruntung, kerana cinta luar biasa dari Bapa yang mengutus Putera TunggalNya.

Itulah sebabnya, kematian Kristus menjadi model hidup kita. Barang siapa mati seperti Kristus akan bangkit.  Ini sudah dimulai sejak pembaptisan, di mana kita bersatu dengan kematian-Nya, dan ambil bahagian dalam kebangkitan-Nya. Perenungan kematian ini diulang-ulang, dalam Ekaristi khususnya dan lagi saat Pra-Paskah, dan menjadi pola perkembangan hidup beriman.

Kedua, dalam tradisi Katolik kematian selalu direnungkan sebagai momen rohani, bukan sebagai musibah negatif, melainkan sebagai pintu harapan. “Hidup tidak dilenyapkan, tetapi hanyalah diubah” (Prefasi Arwah I). Kita percaya bahawa dalam kematian kita disambut oleh Tuhan pengasih, bahawa roh kita akan menghadap kepada-Nya, bahawa tersedia tempat bagi kita di rumah Bapa (bdk. Yoh 14:2).

Tubuh kita memang hancur, tetapi pada akhir zaman juga akan bangkit dan disatukan kembali dengan roh kita dalam kemuliaan. Jadi, meditasi kematian tidak berhenti pada hancurnya tubuh, tetapi pada kerahiman kasih Tuhan  yang maharahim yang menentukan masa hadapan kita. -- Gregorius Hertanto MSC

Total Comments:0

Name
Email
Comments