Memperingati sebuah ulang tahun

Pada penghujung bulan November 1982, selepas sahaja tamat pengajian di Louvain, Belgium, saya mula menulis ruangan ini. Ini bermakna, telah 30 tahun saya menulis ruangan ini.

Jun 27, 2014

Fr Ron Rolheiser

Pada penghujung bulan November 1982, selepas sahaja tamat pengajian di Louvain, Belgium, saya mula menulis ruangan ini. Ini bermakna, telah 30 tahun saya menulis ruangan ini.

Ketika saya mula menulis, saya tidak langsung terfikir sejauh mana ruangan ini dapat pergi, saya tidak ada rancangan yang besar. Saya umpama memasukkan nota di dalam sebuah botol dan melemparkannya ke laut, mengharapkan botol yang mengandungi nota saya itu akan dijumpai seseorang lalu membacanya.

Orang pertama yang telah “mengambil botol dan membaca nota di dalamnya” ialah Glenn Argan, seorang editor akhbar Western Catholic Reporter di Edmonton, Kanada. Saya amat terhutang budi kepada beliau kerana beliaulah editor pertama yang memberi peluang kepada saya. Beliau masih seorang editor di akhbar Western Catholic.

Selama beberapa tahun, barulah ruangan ini menarik perhatian akhbar lain dan lama kelamaan, pembacanya juga semakin bertambah. Berikut merupakan sejarah singkat perkembangan ruangan ini: Akhbar The Green Bay Compass mula menyiarkan ruangan ini pada pertengahan 1980-an.

Kardinal Adam Maida, kini di Detroit, merupakan Uskup di Green Bay pada ketika itu. Saya menemui beliau di sebuah persidangan beberapa tahun lalu dan beliau memberitahu kepada saya bahawa akhbar tersebut dikendalikan oleh Keuskupan beliau maka di situlah bermulanya saya mempunyai pembaca dari Amerika.

Pada tahun 1990-an, saya menerima jemputan untuk menulis bagi dua buah akhbar nasional Katolik Kanada iaitu Prairie Messenger dan Catholic Register. Ini merupakan pencapaian yang amat besar bagi saya. Kini saya menulis untuk dua negara, empat akhbar dan isi kandungan rencana yang bukan lagi menumpukan kepada beberapa pembaca.

Saya tidak pernah mempunyai agen atau masa mahupun kemahuan tinggi untuk menulis ruangan di sesebuah akhbar. Cukuplah jika artikel saya dibaca oleh sesiapa sahaja. Saya bergantung kepada peluang dan ruang, dan saya bertuah kerana mendapatnya.

Pada tahun 1987, saya mengendalikan kursus Teologi sempena musim panas di Kolej All Hallows, Dublin dan salah seorang pelajar saya ialah Delia Smith, seorang selibriti masakan, Teologi dan bola sepak di United Kingdom yang terkenal.

Pada masa itu, saya hanya menerbitkan sebuah buku bertajuk “The Loneliness Factor” (Faktor Kesepian) dan portfolio saya hanyalah mempunyai beberapa ruangan. Delia telah mengambil buku saya dan menyerahkannya kepada Hodder & Stougton, sebuah penerbit terkenal di London dan portfolio ruangan saya kepada Otto Herschan, penerbit Catholic HERALD di London.

Tindakan Delia telah mengubah gaya penulisan saya!

Catholic HERALD merupakan akhbar nasional di England dan mendapat sambutan menggalakkan di kebanyakan bandar di dunia. Lebih-lebih lagi, pada masa itu, Otto Herschan, penerbitnya, juga menerbitkan akhbar Katolik di Ireland dan Scotland.

Oleh itu, ruangan saya yang hanya disiarkan di ruangan tempatan, kini turut dibaca di negaranegara yang disebutkan tadi. Ruangan saya juga berkembang hingga ke pembaca yang lebih jauh misalnya New Zealand dan negaranegara lain.

Kebaikan hati Delia Smith yang membawa buku “The Loneliness Factor” kepada sebuah syarikat penerbitan besar memberikan kesan hebat kepada ruangan ini.

Pada tahun 1988, Hodder & Stoughton menerbitkan semula buku tersebut dengan tajuk baru, “Hati Yang Gelisah”. Ia telah memenangi dua buah anugerah berprestij di United Kingtom.

Saya juga ditawarkan kontrak penerbitan dengan Hodder & Stoughton dan tidak lama kemudian, ditawarkan kontrak dengan Doubleday di New York. Selepas Doubleday menerbitkan buku "The Holy Longing”, puluhan akhbar memohon agar ruangan saya disiarkan pada akhbar mereka, khususnya di Amerika Syarikat dan negara-negara bukan berbahasa Inggeris.

Selepas buku “The Holy Longing”, jumlah akhbar yang memuatkan ruangan tersebut semakin meningkat, dari 10 negara menjadi lebih kurang 70 sehinggalah sekarang. Sebahagian daripada perkembangan ruangan ini juga adalah hasil usaha mendiang Kay Lagried yang memuatkan ruangan ini di sebuah akhbar keuskupan di Seattle, Washington dan ia juga menarik perhatian beberapa akhbar lain.

Beliau, sehinggalah kematiannya dua tahun lalu, merupakan seorang agen yang amat saya hormati dan tidak ada gantinya. Pada hari ini, anggaran pembaca ruangan ini adalah lebih dua juta orang.

Baru-baru ini juga ia diterjemahkan dalam bahasa Sepanyol dan Vietnam.

Ruangan ini juga mudah didapati di Internet, pelbagai akhbar dan buletin-buletin Gereja tanpa meminta kebenaran daripada sesiapa pun. Ini memang terjadi di beberapa negara di Asia kerana undangundang pencetakan tidak seketat di negara Eropah.

Namun, secara umumnya, saya berasa okay dengan perkara ini. Penulisan merupakan salah satu pelayanan saya dan dalam kebanyakan kes, ramai orang yang mengendalikan ruangan atau rencana tanpa kebenaran kerana kekurangan sumber kewangan atau sekatan undang-undang. Apa pun saya tabik kepada penulis-penulis yang bersemangat tinggi tersebut.

Pada tahun 1982, di sebuah pejabat di Belgium dan sedang menaip dengan menggunakan mesin taip, saya tidak menyimpan anganangan bahawa ruangan ini akan terus bertahan sehingga sekarang dan dibaca di seluruh dunia.

Saya umpama meletakkan nota di dalam botol, melemparkannya ke laut dan berharap agar seseorang akan menemui dan membacanya. 30 tahun kemudian, dengan sebuah komputer riba — bukan lagi mesin taip — usaha dan citacita saya masih sama. --Oleh Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2014

Total Comments:0

Name
Email
Comments