Menerima Komuni sebelum Komuni pertama

Menerima Komuni sebelum Komuni pertama

Sep 27, 2018

Soalan: Father, apakah menerimakan komuni bagi orang yang belum menerima Sakramen Ekaristi pertama berdosa? - Adrian

Jawaban: Mengenai komuni, Gereja Katolik percaya dua hal: pertama, komuni mempersatukan kita dengan Tuhan, kerana yang kita santap adalah Tubuh dan Darah Tuhan sendiri.

Kedua, dengan komuni kita disatukan dengan seluruh Gereja. “Kerana roti itu satu, maka kita semua yang menyantapnya menjadi satu tubuh, iaitu Gereja-Nya.”

Itulah maka ia disebut komuni (communio); kita bersatu dengan Kristus DAn dengan Gereja-Nya, iaitu Tubuh Mistik Kristus. Kerana itu Sakramen Ekaristi merupakan sakramen inisiasi (bersama Baptis dan Krisma).

Menyambut kali pertama adalah saat apabila kita diizinkan menerima komuni. Sebelum dapat menyambut Komuni, seseorang itu dipersiapkan melalui katekesis persiapan komuni pertama, biasanya setelah berumur tujuh tahun, agar memahami isi dan buah ekaristi itu (bdk. KHK no 97 dan 913-914. lih. No. 777). Katekesis itu juga turut dilakukan kepada calon baptis dewasa atau umat Kristian lain yang mahu menjadi anggota Gereja Katolik.

Agar menyambut dengan layak dan wajar, pertama- tama kita harus dalam keadaan rahmat; ertinya tidak dalam keadaan dosa berat (KHK 916).

Apabila menyedari kita sedang menanggung dosa berat, kita harus mengakui dosa kita, sebelum atau segera sesudah menyambut Tubuh Kristus

Kedua, kita dilarang menyambut Komuni semasa sedang dalam atau mendapat hukuman Gereja, misalnya terkena ekskomunikasi atau larangan (interdik) (bdk. KHK 912 dan 915).

Ketiga, kita hendaknya berpantang dari segala macam makanan dan minuman, sekurang-kurangnya satu jam sebelum komuni, kecuali air putih dan ubatubatan (KHK no. 919).

Bagaimana dengan orang yang tidak dapat menyambut Komuni? Biasanya disebabkan ada pelbagai situasi: kerana belum dibaptis (bukan Kristian), bukan Katolik (Gereja Protestan atau Gereja yang tidak bersatu penuh dengan Gereja Katolik) atau umat Katolik yang masih kanak-kanak.

Yang belum dibaptis pasti tidak boleh menyambut Komuni kerana belum mengimaninya. Orang Kristian bukan Katolik, meskipun boleh ikut dalam Perayaan Ekaristi, dalam keadaan normal juga tidak diperkenankan untuk menyambut komuni.

Alasannya, kerana bagi Gereja Katolik perayaan ekaristi merupakan tanda dari realiti kesatuan Gereja yang penuh, yang meliputi kesatuan iman, ibadat dan organisatoris.

Kesatuan penuh itu mencakupi kesatuan dengan uskup dan Bapa Suci, yang sering tidak diakui oleh anggota Gereja Protestan. Kerana kesatuan penuh ini belum tercapai, orang Kristian bukan Katolik belum dapat menyambut.Jadi hanya yang ada dalam kesatuan yang boleh menyambut.

Namun, dengan ketentuan uskup, pengecualian dapat diberikan: pertama untuk Gereja Ritus Timur dan Gereja-gereja Ortodox, di mana Perayaan Ekaristi diimani secara sama, khususnya bila mereka tidak dapat menemukan pelayan Gerejanya sendiri (bdk. KHK. 844§3).

Izin juga diberikan kepada umat Kristian lain dalam keadaan bahaya mati atau dalam keadaan mendesak lain yang ditentukan oleh Uskup atau Konferensi Para Uskup (bdk. KHK. 844§4), asalkan orang itu memintanya sendiri dan mempunyai sikap dan iman yang baik terhadap Komuni. Ini kerana erti rohani ekaristi yang sangat tinggi yang dihayati Gereja Katolik.

Jadi berdosakah menerima komuni sebelum sambut pertama? Intinya kita harus menerima dengan layak dan murni.

Kita layak menerima Komuni apabila kita bebas dari dosa sakrilegi, iaitu dosa kerana menghina benda kudus. Itu terjadi kalau kita tidak menyiapkan diri dengan baik, atau menyambutnya dalam keadaan dosa berat, atau bahkan menghinanya. Maka memang sebaiknya umat yang sudah menyambut Komuni Pertama, terus menyambut Yesus dengan iman, seperti menjamu Tuhan sendiri dalam rumahnya. — Fr Gregorius Hartanto MSC, hidupkatolik

Total Comments:8

Name
Email
Comments
FRANCESCA NURUL ANAK RAIN[email protected]
Selamat petang...saya nak bertanya layak kah saya menyambut,sebelum ni saya sudah baptis dan menyambut..tapi sekarang saya dh kahwin tapi belum kahwin gereja layak kh saya menyambut..
Selamat malam boleh ka menyambut sblm sebelum di berkati perkahwinan ?sebab sebelum tu sudah menyambut dan baptis.tetapi pasangan masi belum baptis..sebab ada yang cakap kalau pasangan belum baptis masi boleh menyambut.biar pun belum berkat kahwin
Selamat malam romo..boleh kah pasangan yang belum diberkati perkahwinan di gereja..tidak boleh terima komuni? sedang kan antara pasangan sudah dibaptis penguatan dan sudah terima komuni.soalan saya pasangan sudah berkahwin tetapi belum diberkati perkahwinan di gereja..
Apakah ketik belum komuni pertama tetapi sudah menerima hosti berdosa
Hanifa085658201334
Terima kasih ini sangat membantu pertanyaan yang slalu kunci di pikiran saya
Layak kah kalau orang yang belom kahwin gereja menyambut tetapi sebelom dia kahwin dia menyambut dan sudah baptish dan comfrom
Ada saya punya kerabat dia beragama bethel tp setiap kali di ke gereja selalu menerima komuni. Apakah boleh?
Fire fare ini