Menerima proses semula jadi kematian

Aku tidak mahu mati disebabkan beberapa cara perubatan: Aku mahu mati kerana kematian! Pepatah tadi ditulis oleh Ivan Illich menulis itu.

Nov 09, 2018

Aku tidak mahu mati disebabkan beberapa cara perubatan: Aku mahu mati kerana kematian! Pepatah tadi ditulis oleh Ivan Illich menulis itu. Apa yang beliau maksudkan? Bukankah kita semua mati dari kematian?

Sudah tentu, dalam realiti kita semua akan mati tetapi dalam pengalaman kita, kebanyakan orang mati kerana rawatan kesihatan atau kerana ditimpa nasib seperti barah, penyakit jantung, diabetes, Alzheimer, atau sebagai mangsa kemalangan. Kadang-kadang, apabila memikirkan sebab kematian, kita memang akan mati kerana keadaan perubatan.

Itulah yang cuba diterangkan oleh Ivan Iilich di sini. Kematian adalah untuk memenuhi dan dihormati sebagai pengalaman manusia biasa, bukan sebagai kegagalan perubatan.

Kematian dan sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita harus difahami sebagai titik pertumbuhan, kematangan yang diperlukan, sesuatu yang mana kita secara organik dan rohani akan meninggalkan dunia ini, ia bukan gangguan atau pencerobohan yang tidak wajar di dalam kitaran hayat (gangguan yang boleh dielakkan kecuali untuk kemalangan atau kegagalan perubatan.)

Kita perlu memahami kematian seperti seorang wanita yang membawa kanak-kanak merenung bagaimana melahirkan bayi tu, bukan seperti memikirkan bahawa proses kelahiran sebagai gangguan atau menyimpang dari alamiah sebaliknya melihat proses kelahiran itu sebagai permulaan proses kehidupan.

Banyak tanggapan kita yang salah tentang kematian, sangat banyak daripada apa yang kita bayangkan. Apabila kematian dilihat sebagai kegagalan perubatan atau sebagai nasib buruk, igauan buruk mula mengancam kita sedikit demi sedikit, ia mula mewujudkan perasaan tidak tenteram di dalam hati kita, menjadi satu tanggapan negatif yang merosakkan tenaga serta mencetuskan ketakutan tanpa sedar di mana ia sukar untuk dipulihkan.

Ernest Becker bercakap tentang sesuatu yang disebutnya sebagai “penafian kematian” dan menyatakan bahawa keengganan kita untuk berhadapan dan menghormati kematian sebagai proses semula jadi dan bukannya sebagai gangguan yang memudaratkan. Apabila kita takut akan kematian maka rasa kematian kita sendiri menjadi sudut gelap dari kita cuba untuk menjauhinya. Kita membayar harga untuk ini, secara paradoks, dengan ketakutan sia-sia terhadap kematian sendiri, menyebabkan kita tidak dapat memaknai kehidupan ini dengan sewajarnya.

Martin Heidegger menegaskan perkara yang sama dalam pemahamannya terhadap kehidupan. Dia menyatakan bahawa setiap daripada kita (dalam kata-kata beliau) adalah “sedang-menujumati”, iaitu, sejak kita dilahirkan, kita sudah mempunyai keadaan terminal (dipanggil hidup) dan kita hanya boleh bebas dari ketakutan jika kita secara sedar menjalani kehidupan kita dalam menghadapi kebenaran yang tidak boleh dirunding itu. Kita akan mati.

Pendapat Martin mengenai hal ini boleh menyebabkan kita agak tertekan tetapi seperti Illich, dia sebenarnya cuba memandu kita untuk melihat titik yang lebih positif.

Bagi Martin, paa akhirnya, kita tidak mati kerana kegagalan kaedah perubatan atau nasib buruk. Kita mati kerana alam semula jadi mempunyai liku-likunya dan alam semula jadi yang mengendalikan likut-liku itu dan dengan memahami liku-liku semula jadi itu, barulah kita dapat menerima kehidupan dengan lebih bererti sekiranya kita menghormati likuliku semulajadi itu kerana dengan menerimanya, ia akan membantu kita untuk menghargai betapa bernilainya detik-detik kehidupan dan cinta kita.

Ironinya, euthanasia, dan semua alasan canggihnya membolehkan kita mengawal kematian, pastinya kita mati dengan tepat dari keadaan perubatan dan bukan dari kematian (yang merupakan proses semula jadi.)

Sudah tentu, ingin mati dari kematian dan bukan dari keadaan perubatan tidak bermakna kita tidak menghargai perubatan dan apa yang ditawarkan untuk kesihatan kita dan pemeliharaan hidup kita.

Kita menurut mengikut sifat semula jadi kita, menurut kerana orang-orang yang kita sayangi, dengan akal sihat, dan dengan prinsip yang tidak dapat dipatuhi tepat dalam urutan moral itu sendiri untuk mengambil semua langkah-langkah perubatan biasa yang tersedia untuk memelihara kesihatan kita.

Perubatan moden adalah indah dan ramai di antara kita, termasuk saya sendiri, masih hidup hari ini kerana ubat-ubatan moden. Tetapi kita mesti jelas juga bahawa apabila kita mati, ia tidak akan disebabkan oleh kegagalan perubatan tetapi kerana kematian adalah akhir semula jadi kita. Sama seperti kita pernah dilahirkan dari rahim ibu kita, tiba masa kita perlu dilahirkan semula dari rahim bumi.

Perlu kita ingat bahawa dengan menerima kematian dengan cara ini bukanlah stoikisme negatif yang merampas kegembiraan hidup dan sukacita.

Sebaliknya, sesiapa yang pernah menghadapi krisis kesihatan, yang hampir mengalami kematian akan memberitahu anda, menghadapi kematian menjadikan segalagalanya dalam kehidupan yang lebih berharga kerana tidak lagi dipandang ringan

Satu lagi yang kita perlu ingat: Perbincangan ini bukan sahaja ditujukan kepada kaum muda yang belum bersedia menghadapi kematian.

Walaupun anak-anak muda tidak boleh menjadi buta dengan kematian mereka sendiri atau menjalani hidup mereka seolah-olah kehidupan di sini akan berlangsung selama- lamanya, mereka tidak seharusnya fokus kepada kematian. Tugas mereka adalah membina masa depan untuk diri mereka sendiri dan dunia. Kematian boleh ditangani kemudian. Secara metafora, mereka perlu lebih tertumpu pada membina embrio daripada bimbang tentang penghantarannya.

Di tengah-tengah ajaran Yesus terletak paradoks yang hebat: Siapa yang berpaut kepada kehidupan akan kehilangannya dan siapa yang melepaskan kehidupan akan mendapatnya. Ivan Illich, nampaknya bersetuju. — Hakcipta Terpelihara 1999-2018 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments