Mengangkat doa dari hati dan akal fikiran

Dia mengajar kita cara berdoa walaupun dia sendiri tidak tahu berdoa. Demikian komen yang sentiasa didengar tentang Henri Nouwen.

Jul 03, 2020

Dia mengajar kita cara berdoa walaupun dia sendiri tidak tahu berdoa. Demikian komen yang sentiasa didengar tentang Henri Nouwen.

Mungkin, ini agak bertentangan dengan keadaan masa sekarang. Bagaimana seseorang boleh mengajar kita untuk berdoa sedangkan dia sendiri tidak tahu bagaimana?

Nah, ada dua kerumitan di sini. Henri Nouwen adalah gabungan kelemahan, kejujuran, kerumitan, dan iman yang unik.

Tetapi sebenarnya Nouwen menggunakan semua kerumitan dan pergelutan sebagai caranya untuk berdoa. Nouwen secara ringkas, dan dengan rendah hati serta jujur, mengongsikan pergelutannya  dalam berdoa dan setelah melihat begitu banyak kesukaran yang dihadapinya untuk kekal berdoa, ramai di antara kita yang mula menyedari bahawa untuk belajar berdoa, kita akan menghadapi pelbagai kerumitan secara emosi, fizikal dan persoalan iman yang aneh.

Doa, seperti yang kita ketahui, secara klasik mendefinisikannya sebagai “pengangkatan akal dan hati kepada Tuhan”, dan perlu kita sedari bahawa fikiran dan hati kita adalah rumit atau kompleks, begitu juga doa kita. Doa  bukan sahaja memberikan suara kepada iman kita tetapi juga menyuarakan tentang keraguan kita. Rasul Paulus dalam suratnya kepada jemaat di Roma menyatakan, ketika kita tidak tahu bagaimana berdoa, Roh Tuhan berdoa melalui kita.

Saya berpendapat, kita tidak selalu mengenali bentuk-bentuk doa yang ada, dan tidak menyedari bahawa kita boleh berdoa melalui rintihan dan kelemahan kita.

Pengkhutbah terkenal Frederick Buechner, berbicara tentang sesuatu yang dia sebut sebagai "doa yang lumpuh, yang tersembunyi di dalam perkataan kasar kita seharian” yang diucapkan dengan penuh geram, atau keluhan berat: “Tuhan tolong kami!” “Yesus Kristus!” “Demi Tuhan!” Adakah ini semua doa? Ya, sudah tentu.

Doa mengangkat akal dan hati kepada Tuhan, maka apa yang ada dalam fikiran dan hati kita pada masa itulah yang diangkat kepada Tuhan. Bukankah ini lebih jujur dan yang kita rasai sebenar-benarnya?

Jacques Loew, salah seorang pengasas gerakan Worker-Priest di Perancis, mengatakan bahawa semasa bekerja di sebuah kilang, dia ada kalanya berkesempatan bekerja dengan sekumpulan lela ki yang mengangkat beg berat untuk dimuatkan ke dalam trak.

Kadang-kadang salah seorang pekerja  secara tidak sengaja menjatuhkan salah satu beg yang akan memuntahkan isinya, menyebabkan lelaki itu mengeluh dalam kemarahan. Leow, dalam nada serius tetapi bercanda mengatakan meskipun dalam keadaan mengeluh dan marah, dan meskipun orang lain mendengar itu sekadar keluhan, bukan doa, tetapi bagi Leow, lelaki itu benar-benar menyeru nama Tuhan dengan jujur.

Adakah ini sebenarnya cara doa yang sejati, bukankah perbuatan lelaki itu sekadar menyebut namaTuhan dengan sia-sia? Bukan berdosa menyebut nama Tuhan sedemikian?

Perintah untuk tidak menyebut  nama Tuhan dengan sembarangan,  tidak ada hubungannya dengan kata-kata marah yang terucap ketika menghadapi kejadian atau kemalangan kecil, misalnya ketika kita menjatuhkan sebakul barang runcit, jari sakit akibat tersepit atau  terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang meresahkan. Apa yang kita ucapkan ketika itu mungkin tidak enak didengar, bernada buruk dan tidak menghormati orang lain malah dianggap berdosa.. Namun, sebenarnya tidak berniat menyebut atau menghujat nama Tuhan.

Kita cenderung memikirkan doa terlalu suci. Jarang sekali pujian kita terhadap Tuhan adalah berdasarkan rasa syukur dan menyedari kehadiran-Nya. Selalunya doa kita bukan berdasarkan keadaan jiwa dan fikiran kita.

Sebagai contoh, salah satu pergelutan kita dalam doa ialah kita ada keraguan besar bahawa doa boleh mengubah, membuat transformasi. Apabila menonton siaran berita, mendengar isu  polarisasi, kepahitan, kebencian, kepentingan diri, dan kekerasan hati yang kelihatan di manamana — kita kehilangan harapan.  Bagaimana kita boleh berdoa tanpa keraguan ketika menghadapi pelbagai krisis?  Di dalam doa,  apa yang dapat diubah?

Namun, kita perlu diingatkan: Doa yang paling kuat, berkesan dan tepat ialah pada ketika kita berasa tidak ada harapan, ketika kita berada dalam keadaan paling lemah dan tidak berdaya.

Ini ternyata benar! Hanya ketika kita diri kita dikosongkan dari pelbagai fikiran, kosong dari segala rencana, kekuatan kita sendiri barulah kita dapat membiarkan visi dan kekuatan Tuhan mengalir ke dunia melalui kita. Melalui ketidakberdayaan dan keputusasaan ini, kita akan mengenal kekuatan Tuhan mengatasi kesihatan, politik, dan ekonomi yang kita lihat di dunia kita. Ketika kuasa Tuhan mengalir di dalam diri kita, barulah kita dapat perkara yang lebih baik dan mempunyai harapan!

Mengapa berdoa? Kita perlu berdoa kerana kita mempercayai kekuatan dan janji Tuhan, bukan kerana siaran berita pada malam tertentu yang menawarkan janji yang tidak pasti.

Kita perlu berdoa dengan sungguh-sungguh kerana kita tidak berdaya dan berdoalah dengan tekun apabila berasa tidak ada harapan. Bahkan kita boleh berdoa dengan jujur, biarpun dalam keadaan mengeluh dan meratap. -- Hakcipta Terpelihara 1999- 2020 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments