Mengapa kita harus berdoa?

Bapa kami yang di syurga, Dikuduskanlah nama- Mu, datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak- Mu di bumi seperti di syurga.

Aug 08, 2020

KGK 2559 "Doa adalah pengangkatan jiwa kepada Tuhan, atau satu permohonan kepada Tuhan demi hal-hal yang baik".

Dari mana kita berbicara, kalau kita berdoa?

Daripada ketinggian kesombongan dan kehendak kita ke bawah atau “dari jurang” (Mzm 130:1) hati yang rendah dan penuh sesal?

Siapa yang merendahkan diri akan ditinggikan (Bdk. Luk 18:9-14). Kerendahan hati adalah dasar doa, kerana “kita tidak tahu bagaimana sebenarnya harus berdoa” (Rm 8:26).

Supaya mendapat anugerah doa, kita harus bersikap rendah hati: Di hadapan Tuhan, manusia adalah seorang pengemis.

Itulah sebuah pemahaman tentang erti doa daripada ajaran Gereja Katolik. Berdoa adalah getaran hati suara nurani yang menyapa Tuhan. Sebuah permohonan dan syukur kepada Tuhan.

Oleh kerana itu tidaklah dapat dinafikan bahawa berdoa merupakan suatu bagian penting bagi orang beriman.

Tanpa doa iman kita akan lemah tanpa daya, kering dan berbeban berat, tetapi dengan berdoa iman kita dikuatkan, diteguhkan, ditopang hingga kukuh kuat tak tergoyahkan.

Maka kebiasaan berdoa bagi umat Katolik sangatlah penting bermula daripada anak-anak hingga orang tua dan datuk dan nenek tidak terkecuali wajib berdoa.

Namun berdoa bagaimana yang benar secara Katolik? Itulah yang menjadi pokok persoalan kita. Ramai orang Katolik berdoa tidak sesuai  dengan iman Katolik. Doanya panjang berjela, intensi tidak berisi dan kesulitan dalam mengakhiri doanya.

Lalu bagaimana berdoa secara benar dan Katolik? Menurut pengalaman rohani St Theresa dari Lisieux, doa adalah:

"For me, prayer is a surge of the heart; it is a simple look turned toward heaven, it is a cry of recognition and of love, embracing both trial and joy" (Bagi saya, doa ialah sebuah gelora, sentakan dalam hati, sebuah penglihatan kembali untuk ke depan menuju takhta syurgawi, sebuah jeritan pengetahuan akal budi dan cinta yang memeluk kedua-duanya dalam suatu cubaan dan sukacita (bdk. St. Therese of Lisieux, Manuscrits autobiographiques, C 25r.).

Berdoalah menurut pola "Doa Bapa Kami".

Bapa kami yang di syurga, Dikuduskanlah nama- Mu, datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak- Mu di bumi seperti di syurga. Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami; dan janganlah membawa kami ke dalam pencubaan, tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat. [Kerana Engkaulah yang empunya Kerajaan dan kuasa dan kemuliaan sampai selama-lamanya. Amin.] (Matius 6:9- 13).

Dalam doa Bapa Kami ada tiga pokok penting yang mendapat perhatian saat kita hendak doa:

1). Menyebut nama Tuhan dengan atributnya (kemahakuasaan Tuhan). Menyapa Tuhan sebagai Bapa yang sungguh dekat di hati manusia. Dia yang tidak jauh namun ada dan tinggal di antara kita sebagai Bapa kita. Memohon datangnya kerajaan-Nya di dunia.

2). Intensi (permohonan) kita kepada Tuhan Bapa iaitu rezeki setiap hari, kesihatan jiwa dan badan.

3) Menutup doa dengan memohon agar dikuatkan iman kita sehingga tidak jatuh dalam pencubaan.

4) Terakhir setiap doa yang benar dan katolik ditutup dengan rumusan panjang lengkap bersifat triniti Tuhan Bapa, Putera dan Roh Kudus, atau rumusan pendek kristologis, iaitu "... Demi Kristus Tuhan dan Pengantara kami." Pola doa Bapa Kami juga memberikan contoh kepada kita untuk berdoa secara benar dan sungguh Katolik.

"Prayer is the raising of one's mind and heart to God or the requesting of good things from God." But when we pray, do we speak from the height of our pride and will, or "out of the depths" of a humble and contrite heart?

He who humbles himself will be exalted; humility is the foundation of prayer. Only when we humbly acknowledge that "we do not know how to pray as we ought," are we ready to receive freely the gift of prayer. "Man is a beggar before God.” (CCC, 2559) — katolisitas

Total Comments:0

Name
Email
Comments