Mengasihi orang lain...mustahil?

Perkara yang paling merosakkan dalam penyembahan berhala bukanlah anak lembu emas tetapi permusuhan terhadap sesama

Jun 24, 2016

Fr Ron Rolheiser
Perkara yang paling merosakkan dalam penyembahan berhala bukanlah anak lembu emas tetapi permusuhan terhadap sesama." Demikian kata seorang ahli antropologi terkenal, Rene Girard di mana kebenarannya sukar untuk diakui. Ramai di antara kita yang percaya bahawa kita adalah orang yang matang dan murah hati dan kita mengasihi orang-orang di sekeliling kita dan bebas daripada rasa permusuhan terhadap orang lain. Tetapi adakah ini berlaku? 

Mungkin pada masa kita benarbenar jujur, pada masa yang tepat dan merendahkan diri, mungkin kita tidak ada rasa permusuhan dan mengasihi tetangga kita. Bagi saya, semua kita akan mengakui bahawa kita tidak sungguh-sungguh mengasihi orang lain sama seperti yang dikehendaki oleh Yesus. Kita tidak benar-benar prihatin terhadap mereka. Kita tidak benar-benar mengasihi musuh-musuh kita. Kita tidak mengharapkan perkara baik berlaku kepada mereka yang membenci kita. Kita tidak memberkati mereka yang menghina kita.

Dan kita tidak sungguh-sungguh ikhlas memaafkan mereka yang membunuh orang kesayangan kita. Kita memang orang yang tulus, orang yang baik hati, tetapi kita adalah orang-orang yang bergelut dengan perasaan dalam menghadapi sesiapa atau perkara yang berlawanan dengan kita. Kita boleh menjadi adil, kita boleh menjadi orang yang saksama tetapi kita belum lagi mengasihi seperti cara
yang dikehendaki oleh Yesus, iaitu benar-benar mengasihi mereka yang menyayangi kita dan juga benarbenar mengasihi mereka yang membenci kita.

Namun, sebahagian daripada kita suka untuk percaya bahawa kita matang dalam menyembunyikan pergelutan untuk mengasihi itu. Kita cenderung untuk merasakan bahawa kita adalah orang yang penyayang dan pengampun kerana pada dasarnya, kita adalah orang yang berniat baik, ikhlas dan mempercayai orang lain dan tidak bercakap perkara yang tidak baik, tetapi ada sebahagian daripada diri kita yang tidak begitu mulia. 

Seorang Yesuit berbangsa Ireland, Michael Paul Gallagher (yang meninggal dunia baru-baru ini dan akan sangat dirindui) menulis sesuatu yang sangat bijaksana (dalam Extra Time): Anda mungkin tidak membenci sesiapa tetapi anda boleh lumpuh dengan pelbagai kata dan perkara negatif pada setiap hari. Prejudis kecil dan pandangan spontan yang sinis boleh mencetuskan rasa marah yang tidak dapat diluahkan.

Ia umpama pagar kawat berduri yang ditembusi peluru yang tidak kelihatan iaitu mengasihi orang lain sama seperti mengasihi diri sendiri, bagi kebanyakan kita, adalah suatu usaha yang sangat mustahil.

Oleh itu, bagaimana dengan kita? Adakah ini bermaksud kita hanya menghasilkan buah-buah biasa dan kepura-puraan sepanjang hidup kita? Hanya menyatakan kita mengasihi musuh-musuh kita tetapi tidak benar-benar mempraktikkannya? Bagaimana kita boleh mengatakan kita orang Kristian apabila dengan jujur kita mengakui bahawa kita belum mencapai piawai kerasulan Kristian, iaitu tidak benar-benar mengasihi dan mengampuni musuhmusuh kita?

Tetapi mungkin, kita tidaklah seburuk seperti mana yang kita sangkakan. Jika kita masih bergelut dan berjuang, bermakna ia adalah pergelutan yang sihat. Dalam mencipta kita, Tuhan tahu kerumitan kita, kelemahan manusia dan bagaimana seseorang itu berkembang dalam cinta kasih mendalam merupakan satu perjuangan sepanjang hayat.

Apa yang kelihatan seperti hipokrasi daripada luaran, boleh menjadi ziarah, perjalanan di sebuah gurun, ia perlu direnung dan diteliti dalam semangat kesabaran dan pengertian. Thomas Aquinas, ketika bercakap tentang kesatuan dan keakraban, telah menekankan beberapa perbezaan penting ini. Beliau membezakan di antara yang bersatu dengan sesuatu atau seseorang yang secara realitinya bersatu dengan seseorang atau sesuatu yang melalui keinginan.

Ini mempunyai banyak aplikasi tetapi dalam kes ini, ia bermakna bahawa kadang-kadang, hati kita hanya dapat bergerak melalui keinginan bukan melalui keadaan yang sebenarnya. Kita boleh percaya pada perkara-perkara betul dan mahukan perkara-perkara yang betul tetapi masih tidak dapat membawa hati kita untuk menerima dan memberi.

Satu contoh ialah dalam katekismus lama (yang mempunyai kebijaksanaan unik) terdapat kata “penyesalan yang tidak sempurna” iaitu perbuatan di mana anda telah melakukan sesuatu yang salah, yang anda tahu memang salah dan anda tahu anda seharusnya menyesal, tetapi anda tidak berasa kesal, maka sekiranya anda dapat berharap bahawa anda menyesal, ia adalah penyesalan yang mencukupi, meskipun tidak sempurna tetapi wajar. Ia adalah perkara terbaik yang dapat anda lakukan dan meletakkan anda di tempat yang betul pada tahap keinginan, bukan di tempat yang sempurna tetapi tempat yang lebih baik daripada pilihan lain.  

Dan, tempat “tidak sempurna” itu menjadikan kita lebih daripada sekadar “penyesalan minima” tetapi mendorong penyesalan yang disusuli dengan keinginan untuk memohon ampun. Lebih penting lagi, ia selaras dengan martabat mereka yang kita telah sakiti.

 Dalam merenung akan ketidakupayaan kita untuk benar-benar mengasihi orang lain, Marilynne Robinson mengatakan bahawa meskipun kita gagal untuk menghidupi apa yang diperintahkan oleh Yesus, namun jika kita berjuang dengan bersungguh-sungguh, ia tetap mempunyai kebaikan murni.

Beliau menerangkan seperti ini: Freud mengatakan bahawa kita tidak dapat mengasihi tetangga kita sama seperti mengasihi diri sendiri, dan tidak syak lagi, ini memang benar. Namun, oleh kerana kita menerima realiti perintah Yesus itu, bahawa orang lain juga amat berharga seperti kita, maka kita mengakui bahawa orang lain patut dikasihi meskipun ada masanya di dalam kehidupan kita, kita terlalu lemah untuk melakukannya.  

Dan inilah tahap yang kritikal: Dalam pergelutan yang tidak ada akhirnya ini, meskipun kita sering kali gagal, untuk menghidupi perintah agung Yesus, kita mengakui martabat yang wujud dalam diri musuh-musuh kita, mengakui bahawa mereka juga patut dikasihi dan mengakui kelemahan-kelemahan kita. Inilah “ketidak sempurnaan” yang menurut Thomas Aqunas, sebuah permulaan untuk mengasihi!--Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2016

Total Comments:0

Name
Email
Comments