Mengekalkan kepolosan iman semasa zaman kanak-kanak

Pelbagai masalah yang dihadapi semasa dewasa membunuh kepolosan zaman kanakkanak. Begitu juga keadaannya berkaitan iman kita.

Aug 18, 2017

Pelbagai masalah yang dihadapi semasa dewasa membunuh kepolosan zaman kanakkanak. Begitu juga keadaannya berkaitan iman kita. Bukan iman yang naif. Tidak sama sekali. Tetapi iman kita perlu sentiasa disepadukan dan digandingkan dengan pengalaman hidup kita, barulah ia sebati, jika tidak, ia akan mendapati ia bertentangan dengan kehidupan kita. Tetapi iman yang tulus dalam bertahan dalam apa pun pengalaman, biar serumit mana kesusahannya.

Sayangnya, ini tidak selalu berlaku. Apa yang selalu berlaku ialah ramai orang meninggalkan kepercayaan mereka di belakang, seperti tidak lagi percaya kepada Santa Klaus dan Arnab Paskah. Ini adalah kerana kehidupan dewasa mereka yang sukar, menyebabkan pengalaman atau kepercayaan ketika zaman kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak wujud atau memalukan.

Dengan ini, saya cadangkan buku terbaru, My Utmost, Memoir Devotional, oleh Macy Halford. Macy seorang penulis muda, tiga puluh-an, bekerja di Paris dan New York dan buku tersebut merupakan autobiografi perjuangannya sebagai seorang Kristian Evangelical konservatif di mana beliau tetap mengekalkan imannya di tengahtengah masyarakat yang sangat liberal, canggih, sangat sekular, dan mereka yang agnostik.

Buku itu menceritakan perjuangannya untuk mengekalkan iman pada zaman kanak-kanak yang tertanam kuat dalam DNAnya, berkat asuhan ibu dan nenek yang penuh iman. Iman dan gereja menjadi pokok dan menjadi sauh dalam hidupnya ketika dia sedang membesar. Tetapi DNAnya juga memegang sesuatu yang lain, iaitu kegelisahan dan ketegangan kreatif sebagai seorang penulis, dan tenaga yang tidak dapat dikendali secara semulajadi di mana ia adakalanya mendorong beliau untuk meninggalkan perasaan selamat dan dilindungi, seperti yang dinikmatinya pada zaman remaja, khususnya di tengah-tengah masyarakat moden New York dan Paris.

Tidak lama kemudian, Macy mendapati bahawa hidup yang disokong oleh sekumpulan umat beriman benar-benar membantu, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan kebanyakan orang yang sangat sekular dan agnostik. Buku itu mengisahkan perjuangan Macy bagaimana dia mengintegrasikan keghairahan dan minatnya dengan visi iman zaman kanak-kanaknya ke dalam kehidupan barunya.

Di antara petikannya yang memberi inspirasi ialah, Macy mengongsikan bagaimana setiap kali dia tergoda untuk meninggalkan iman zaman kanak-kanaknya yang sangat polos. Namun dia menyedari bahawa mengapa dia berpegang teguh dan masih percaya akan iman zaman kanak-kanak bukanlah kerana takut kepada Tuhan atau ia adalah amalan kepercayaan keluarga, tetapi menyedari kerana meninggalkan iman itu adalah sama seperti memusnahkan diri sendiri. Dengan itu, Macy tetap teguh berpegang kepada kepercayaannya meskipun hidup di tengah-tengah masyarakat agnostik, moden dan sekular. Tuhan dan iman tidak memerlukan kita tetapi KITA-lah yang memerlukan Tuhan dan iman.

Tajuk bukunya, My Utmost, adalah kisah penting dalam hidupnya. Semasa ulang tahunnya ke-13, neneknya telah menghadiahkannya senaskhah buku terkenal dan banyak digunakan di kalangan Evangelical dan Baptist, My Utmost for His Highest tulisan Oswald Chambers. Buku ini adalah koleksi petikan rohani, pemikiran untuk setiap hari selama setahun, oleh seorang misionari dan mistik terkenal tersebut.

Macy menulis bagaimana, semasa muda dan imannya amat kukuh dalam Gereja, dia tidak membaca buku pemberian neneknya itu dengan baik, dan nasihat oleh Oswald Chambers tidak membawa makna mendalam bagi Macy. Namun kini, membaca buku tersebut merupakan keharusannya setiap hari, dan nasihat setiap hari dalam buku itu, menjadi semakin mendalam sehingga menjadi prisma di mana ia mampu mengintegrasikan iman zaman kanak-kanaknya dengan pengalaman dewasanya.

Ada bahagian memoir tulisan Macy yang seperti menakutnakutkan pembaca tetapi dengan pemahaman teologi yang jelas, pembaca pasti dapat memahami bagaimana akhirnya pergelutannya selama ini dapat diharmonikan dalam kehidupan dewasanya.

Buku ini adalah memoir berharga kerana pada hari ini, ramai orang sedang menjalani perjuangan semacam ini, iaitu, untuk tetap berpegang kepada iman zaman kanak-kanak dan menghidupinya dalam pengalaman hidup pada masa sekarang yang serba mencabar serta penuh rintangan. Macy telah menunjukkan kepada kita bagaimana dia melakukannya dan perjuangannya menawarkan kita paradigma yang berharga untuk diteladani.

Sedekad lalu, Karl Rahner, pernah mengatakan bahawa dalam generasi akan datang sama ada akan menjadi penganut iman yang baik atau tidak percaya kepada Tuhan. Antara lain, apa yang dimaksudkan oleh Rahner ialah, tidak seperti generasi terdahulu di mana masyarakat kita (keluarga, kejiranan, dan gereja) sangat membantu dalam menyebarkan iman kepada kita, namun dalam generasi sekarang, kita harus berusaha segigihnya untuk mencari diri sendiri dan mencapai landasan iman yang kukuh. Macy Halford telah menunjukkan kepada kita di mana meskipun hidup di kalangan orang ramai yang tidak lagi percaya kepada Tuhan, tetapi memori iman zaman dahulu, menjadi cangkuk teguh iman kita, dalam kerendahan hati tetapi laluan rohani yang sangat berkesan.

Seorang penulis Ireland, mendiang John Moriarty, dalam memoirnya, mengongsikan bagaimana seorang lelaki muda yang hanyut dari iman yang dipegangnya sejak kecil, iaitu Roman Katolik, meninggalkan iman itu akibat terpengaruh dengan kehidupan moden. Tetapi pada akhirnya, dia menyedari bahawa “agama saya Roman Katolik, agama yang saya anuti semasa kecil, adalah iman ibunda (mother tongue) saya.”

Macy Halford sebenarnya telah membina semula dirinya melalui iman yang diamalkannya semasa kecil, apa yang dipercayainya ketika zaman kanak-kanak, dan kebahagiaan iman semasa kecil itu terus memimpinnya dalam kehidupan sekarang yang canggih, moden dan sekular. Memoir Macy ini dapat membantu kita semua, tanpa mengira anutan kepercayaan kita.--Hakcipta Terpelihara 1999-2017 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments