Menginterpretasi semula klerus Katolik Itali selepas pandemik

Coronavirus yang menyerang sebuah seminari terbesar di Eropah, telah menterbalikkan rutin pendidikan intensif seminari keuskupan itu dan mendorong hampir 130 pemuda yang sedang dalam pembentukan menjadi paderi Katolik, lebih merenung akan panggilan mereka.

Jun 12, 2020

VATIKAN: Coronavirus yang menyerang sebuah seminari terbesar di Eropah,  telah menterbalikkan  rutin pendidikan intensif seminari keuskupan itu dan mendorong hampir 130 pemuda yang sedang dalam pembentukan menjadi paderi Katolik, lebih merenung akan panggilan mereka.

Seminari di Milano yang terletak di utara Itali, yang sejak pertengahan tahun 1500-an, mempersiapkan para klerus, kini mengalami perubahan kerana COVID-19 memaksa kehidupan berkomuniti untuk berubah. Semua seminarian harus berada di dalam bilik sendiri, kelas dan Misa diadakan secara talian, dan jangkauan amal hanya dilakukan di media sosial. Di luar seminari, COVID-19 telah membunuh lebih 119 orang paderi Itali, yang menyebabkan jumlah klerus semakin berkurangan. 

“Situasi di sini benar-benar dramatik,” kata Paolo Timpano, 26, yang kini telah sembuh dari Covid-19. Covid-19 telah menyebabkan beliau harus keluar dari seminari dan menetap di rumah orang tuanya di pinggir bandar Rho, Milan.

Dengan ramai  paderi yang terkorban setiap tahun malahan sebelum pandemik lagi jumlah pertambahan paderi tidak memberangsangkan. Purata 65 orang seminarian untuk satu juta orang Katolik yang dibaptis (menurut Vatikan) di Eropah, Timpano dan rakan sekelasnya mengatakan mustahil untuk melayani bilangan umat yang terlalu besar itu.  

Namun, pada masa kuarantin ini mereka mengambil kesempatan berharga untuk me mikirkan kembali peranan para paderi, untuk berfikir  di luar kotak, mereka mencari jalan untuk fokus kembali kepada perkara-perkara penting iman dan melibatkan orang awam dalam pelbagai pelayanan Gereja.

Sebagai contoh, di pekan di mana Timpano melayani, bilangan paderi telah menurun sejak satu dekad lalu di mana seorang paderi melayani enam paroki dengan 47,000 penduduk. “Seorang gembala perlu menemui domba-dombanya, itulah contoh yang Yesus berikan kepada kita dalam Injil, dan dombadomba itu harus dikenali oleh gembala. Perubahan ini memerlukan perubahan besar dan orang awam perlu memikul tanggungjawab yang besar.”

Pelayanan paderi dan religius bukan sa haja dalam Gereja tetapi turut ke dalam program sosial, dari sukan selepas sekolah sehinggalah kem musim panas.

Francesco Alberti, 22, yang berada di paroki kota kecilnya, di mana dia tinggal selepas pulih dari COVID -19 dab rakan-rakan seminariannya yang lain mengatakan bahawa mereka diinspirasikan oleh nilai-nilai tindakan konkrit iman dan amal kasih  paderi paroki mereka semasa mereka masih kanakkanak, bukan kerana kepetahan homili mereka atau agenda-agenda menarik. 

“Melihat (paderi) merayakan Misa dengan tangan terbuka, ia telah mencetuskan minat saya untuk menjadi paderi,” kata Manolo Lusetti yang menjalani kuarantin di dalam biliknya di seminari. Menurutnya, be liau berasa lebih gembira membawa Komuni Suci ke rumah  pesakit berbanding semasa masih memegang jawatan sebagai ahli politik yang berjaya.

Seminarian diajar bahawa seorang paderi harus memperlihatkan iman dan tindakan berdasarkan Injil, yang memberi inspirasi dan teladan di kalangan umat, bukan menjadi “pegawai” atau “superhero dan melakukan semua perkara dengan kekuatan sendiri,“ kata rektor Seminari, Msgr Michele Di Tolve.

“Kerana apa yang dikehendaki oleh belia hari ini adalah melakukan apa yang anda wartakan, menghayati apa yang anda telah wartakan – barulah mereka akan meneladani atau mempercayai anda,” kata Di Tolve.

Semasa dikuarantin, beberapa seminarian telah merakam homili singkat berkisar pembacaan Kitab Suci harian dan mengirim rakaman itu kepada kumpulan-kumpulan yang pernah mereka sertai tetapi tidak dapat menyertai buat masa lockdown.

Untuk melangkah ke hadapan, ia memerlukan kreativiti yang serupa, tanpa berkeras untuk kekal dalam cara lama selepas pandemik. Tidak! Gereja hari ini harus sentiasa menjadi Gereja yang kreatif, ” kata Lusetti.

Yang paling penting, para seminarian berharap dapat membina gereja yang beraroma seperti rumah sendiri, di mana umat berasa disayangi dan didengari,” kata Alberti.

“Gereja bukan hanya untuk paderi, ia adalah untuk semua orang yang dibaptis. Satusatunya perkara yang tidak boleh kita lepaskan ialah IMAN kita.” -- AP / NCR

Total Comments:0

Name
Email
Comments