Menilai pencapaian kita: Berkat atau iri hati?

Ada perbezaan ketara di antara kejayaan dan keberhasilan kita, juga perbezaan di antara kejayaan dan kebaikan sejati yang kita bawa ke dunia ini.

Sep 15, 2017

Ada perbezaan ketara di antara kejayaan dan keberhasilan kita, juga perbezaan di antara kejayaan dan kebaikan sejati yang kita bawa ke dunia ini.

Apa yang kita telah berjaya kita capai, membawa kejayaan, memberikan kita rasa bangga, menjadikan keluarga dan rakan-rakan bangga dengan kita, memberikan kita rasa layak untuk meraikannya, berasa penting dan bertuah kerana kita telah melakukan sesuatu.

Kita telah meninggalkan hasil yang hebat. Kita telah dikenali dan pencapaian kita diakui. Dan di antara anugerah, piala, ijazah akademik, sijil cemerlang, perkara-perkara yang telah kita bina dan khazanah yang kita tinggalkan, ia telah menjadi tatapan umum dan dihormati. Kita telah berjaya. Kita telah diakui dan dikenali. Lebih-lebih lagi, apa yang berjaya kita lakukan itu telah melahirkan dan meninggalkan sesuatu yang membantu orang lain. Oleh itu, kita berasa layak, harus bangga dan sangat senang tentang khazanah peninggalan kita.

Namun, seperti yang selalu diperingatkan oleh Henri Nouwen, kejayaan tidak sama dengan keberhasilan. Pencapaian adalah sesuatu dapatan yang kita capai. Keberhasilan adalah sesuatu yang positif, kejayaan yang membawa kesan jangka panjang untuk orang lain.

Kejayaan tidak seharusnya sebuah keberhasilan. Pencapaian membantu peribadi kita untuk lebih menyerlah tetapi keberhasilan daripada usaha kita membawa berkat kepada kehidupan orang lain. Oleh itu, kita harus bertanya akan soalan ini: "Bagaimana pencapaian, kejayaan saya, perkara-perkara membanggakan yang telah saya lakukan, membantu orang-orang sekeliling saya? Bagaimana kejayaan dan pencapaian saya ini dapat memberi sukacita kepada orang lain? Bagaimana kejayaan dan pencapaian saya itu membantu dunia untuk menjadi tempat yang lebih baik, lebih kasih sayang?Bagaimana piala-piala kemenangan saya ini atau kecemerlangan yang dianugerahkan kepada saya menjadikan orangorang di sekeliling saya lebih selesa bukan berasa tidak selesa?

Ini sungguh berbeza berbanding anda bertanya: Bagaimana kejayaankejayaan ini mempengaruhi perasaan atau semangat saya? Bagaimana kejayaan ini meningkatkan kualiti diri saya menjadi lebih dikenali? Bagaimana pencapaian atau kejayaan saya ini telah menjadi tanda yang memperlihatkan akan keunikan diri saya?

Terlalu kerap terjadi bahawa kejayaan kita, meskipun ia diperolehi secara jujur dan melalui saluran betul, namun berbanding orangorang yang berasa gembira dan mendapat inspirasi tentang kejayaan anda, pencapaian anda biasanya mencetuskan rasa iri hati dan tidak senang di kalangan orang lain.

Kita juga, dapat merasai hal ini dalam diri kita apabila kita selalu berasa cemburu dan secara diamdiam membenci orang yang lebih berjaya daripada kita. Kejayaan orang lain tidak memberikan inspirasi atau menjadi motivasi untuk kita memperbaiki hidup kita sebaliknya memicu semangat kurang senang dalam diri kita.

Melihat kejayaan-kejayaan orang lain, kita selalu berasa seperti melihat ke dalam cermin, di mana kita melihat diri kita yang tidak tenang, malah berasa marah kerana kita kurang bernasib baik dalam mencapai kejayaan. Mengapa?

Secara umumnya, kedua-dua pihak boleh disalahkan. Pada satu pihak, pencapaian kita selalu bermatlamat atau berpusat kepada keperluan diri sendiri, untuk menjadikan diri kita lebih menonjol daripada orang lain, untuk lebih menyerlah, menjadi lebih penting, mahu dikenali dan dikagumi.

Kita lebih suka dikagumi daripada menggunakan pencapaian kita untuk benar-benar membantu orang lain. Inilah yang menyebabkan kejayaan kita mudah dicemburui bukan dihargai. Tetapi, pada satu pihak yang lain, rasa iri hati kita terhadap orang lain menjelma kerana menghukum diri sendiri seperti perumpamaan Yesus tentang orang yang menyembunyikan talenta dihukum kerana tidak menggunakan talenta itu.

Maka, sesungguhnya, kita boleh mencapai kejayaan hebat tetapi tidak menghasilkan apa-apa buah, begitu juga sebaliknya, biarpun kita hanya mendapat kejayaan kecil tetapi ia sangat berhasil, membuatkan nama kita harum dan dikenali ramai. Biarlah keberhasilan dalam pencapaian kita bukan kerana mahu mencapai kedudukan tertinggi, tetapi melahirkan kelembutan, kemurahan hati, kebaikan untuk dunia ini. Malangnya, dunia kita jarang menganggap buah-buah tenaga kita sebagai sebuah kejayaan atau layak diiktiraf. Kita tidak akan menjadi terkenal kerana bermurah hati. Namun, apabila kita mati, kejayaan-kejayaan yang tidak diiktiraf itu akan dikenang selama-lamanya, kita akan dihargai, dikasihi dan diingati kerana kebaikan hati kita bukan kerana kejayaan tertinggi yang kita perolehi. Keberhasilan sejati kita akan mengalir kepada sesuatu yang melangkaui pencapaian dalam hidup kita.

Keberhasilan atau pencapaian sejati akan menjadi kualiti hati kita, lebih daripada kejayaan-kejayaan hebat kita, yang akan memberi kesan baik atau buruk terhadap semangat yang kita tinggalkan di dunia ini.

Henri Nouwen juga pernah mengatakan bahawa apabila kita dapat membezakan pencapaian dan keberhasilan kita, kita akan dapat melihat, pada akhir hidup kita, kejayaan, produktiviti dan penampilan hebat kita tidak membawa banyak buah baik dalam kejayaan hidup kita.

Sebaliknya, keberhasilan sejati kita akan bermula apabila kita sudah tiada di dunia ini, di mana semangat kita mula mengalir dengan polos dan murni. Untuk memahami hal ini, kita boleh melihat kepada kehidupan Yesus. Kita disemangati tenaga murni dan dipupuk oleh Roh-Nya apabila Dia sudah tidak ada. Yesus juga menyatakan hal ini dengan jelas sebelum Dia diangkat ke syurga di dalam Injil Yohanes, berulang kali, Dia mengatakan bahawa adalah baik Dia pergi mendahului kita kerana hanya dengan demikian, kita akan benar-benar dapat menerima Roh dan buah-buah berkat-Nya. Begitu juga dengan diri kita. Buah-buah berkat akan muncul hanya selepas kita meninggal dunia.

Pencapaian hebat tidak semestinya memberikan berkat-berkat yang hebat. Pencapaian hebat dapat memberikan kita perasaan yang gembira, menjadikan keluarga dan orangorang kesayangan kita berasa bangga dan sukacita.

Namun perasaan dan rasa bangga itu tidak bertahan lama, atau menghasilkan berkat-berkat buah. Sebaliknya, ia hanya memberikan perasaan yang baik, yang menyenangkan hati kita umpama dadah, ketagihan yang tidak henti-henti menagih atau menuntut kita untuk melakukan sesuatu yang lebih lagi, dan bagi orang lain pula, mereka berasa kurang senang, tidak selesa atau berasa cemburu dengan kejayaan kita.

Berkat-berkat buah yang memberi cinta dan komuniti berasal daripada perkongsian kita yang sentiasa terbuka, murah hati dan lemah lembut, bukan berasal dari pencapaian yang menonjolkan diri kita atau membuatkan diri kita dan orang-orang tertentu sahaja berasa bangga.--Fr Roh Rolheiser @

Total Comments:0

Name
Email
Comments