Menjadi lebih dewasa dan setia mengikut Kristus

Menjadi lebih dewasa dan setia mengikut Kristus

Jun 22, 2018

KUALA LUMPUR: 20 orang Krismawan telah diurapi minyak krisma dalam upacara penerimaan Sakramen Penguatan pada 2 Jun lalu di Gereja St. Paulus Pertapa.

Ritus itu dipimpin oleh Uskup Agung Julian Leow dan dibantu oleh Father V.A Michael, Paderi Paroki St Paulus Pertapa. Misa yang bermula jam 6.00 petang itu dibanjiri oleh umat, khususnya para ibu bapa yang gembira menyaksikan anakanak mereka dimaterai dengan Roh Kudus.

Semasa menyampaikan homilinya, Bapa Uskup Julian mengajukan soalan kepada calon Krisma, mengapakah Tubuh dan Kristus begitu penting kepada kita? Dan sebagai umat Katolik apakah peranan yang kita Tubuh dan Darah Kristus?

Bapa Uskup membawa calon Krisma dan hadirin untuk merenung, adakah gaya hidup kita benar-benar menggambarkan kekudusan Tubuh dan Darah Kristus?

Prelatus itu juga bertanya, jika kita menghadapi cabaran berat, adakah kita akan mencari kelegaan duniawi atau berpaling kepada Tuhan?

Selepas homili, Bapa Uskup mengetuai para calon Krisma dalam upacara pembaharuan janji baptis, penumpangan tangan seterusnya pengurapan minyak krisma.

Dalam ucapannya, Fr VA.Michael melahirkan rasa gembira beliau dan bangga dengan semangat para Krismawan. Paderi itu menyeru para Krismawan agar tekun melayani Tuhan di Gereja, menjadi model iman di kalangan rakan-rakan dan keluarga serta menyebarkan Khabar Gembira khususnya di kalangan mereka yang lemah dan terpinggir.

Misa telah berakhir pada jam 8.00 malam dengan doa penutupan daripada Uskup Julian. — Christopher Charles

Total Comments:0

Name
Email
Comments