Menjadi 'mikrofon' Tuhan

Sempena Hari Komunikasi Sosial Sedunia ke-54 yang lalu, beberapa orang jurnalis Katolik memberikan perkongsian mereka bagaimana mereka berjuang menjadi 'mikrofon' Tuhan yang menjadi suara bagi kaum miskin dan lemah serta menggunakan suara kebenaran Tuhan dalam dunia sekular.

May 30, 2020

Sempena Hari Komunikasi Sosial Sedunia ke-54 yang lalu, beberapa orang jurnalis Katolik memberikan perkongsian mereka bagaimana mereka berjuang menjadi 'mikrofon' Tuhan yang menjadi suara bagi kaum miskin dan lemah serta menggunakan suara kebenaran Tuhan dalam dunia sekular.

Menjadi 'mikrofon' Tuhan dalam alam sekitar
Gina, KOMSOS Keuskupan Sandakan — Shalom, saya seorang yang sangat mengambil berat akan kebersihan dan keindahan alam sekitar.

Untuk menjadi mikrofon Tuhan, untuk mengekalkan kelestarian bumi, kediaman kita bersama, saya selalu memperingatkan keluarga dan kawan-kawan saya agar tidak mengotorkan persekitaran dengan membuang sampah di merata-rata melainkan membawa pulang sampah tersebut atau mencari tong sampah yang berdekatan.

Saya juga telah membawa kawan-kawan saya untuk mengubah gaya hidup yang lebih mesra alam serta melakukan aktiviti kitar semula sebagai menyokong seruan Bapa Suci Fransiskus dalam Laudato Si. 

Salah satu aktiviti kitar semula yang saya sertai ialah aktiviti “ecobrick” iaitu mengitar semula bahan-bahan berasaskan plastik.

Tuhan telah memberikan sebuah bumi yang bersih kepada kita semua, maka dengan itu sudah menjadi tanggungjawap kita untuk menjaga keindahan ciptaan-Nya.

Walau sekecil apapun usaha kita, namun saya percaya Tuhan tidak pernah tidur dalam membantu umatnya. Saya berharap agar usaha ini dapat diteruskan kepada kepada anak cucu kita.

'Mikrofon' Tuhan dalam memberitakan kebenaran
Didiroy Joneh, Pengerusi KOMSOS Keuskupan Keningau — Menjadi mikrofon Tuhan adalah suatu ungkapan di mana kita memberitakan kebenaran dengan tindakan yakni seperti Yesus itu adalah jalan kebenaran dan hidup.

Saya amat sedih melihat umat yang selalu cenderung berpaut kepada cerita palsu berbanding mengetahui kebenaran! Namun syukur, puji Tuhan pada musim PKP ini umat di Keuskupan Keningau semakin sedar dan menerima serta menggunapakai peranan KOMSOS sebagai saluran media yang memberitakan kebenaran tanpa cacat dan kepentingan sesiapa.

Jika media massa tercemar dengan berita palsu dan kepura-puraan, begitu juga dengan duna kita, alam ciptaan Tuhan yang tercemar dan perlu rawatan. Janganlah kita menjadi orang-orang Farisi di tengah-tengah umat manusia. Jadilah agen kebenaran kerana upahmu besar di syurga!

'Mikrofon' Tuhan dalam era teknologi digital
An Richard Katederal St. Francis Xavier Keningau — Saya ingin menjadi 'mikrofon' Tuhan melalui media.

Sebagai penulis artikel Katolik yang mewartakan cerita-cerita mengenai Yesus melalui perayaan yang disambut Gereja menjadikan saya sebagai mikrofon Tuhan.

Walau di mana pun kita berada, kita dapat mendengar apa-apa yang disampaikan melalui mikrofon dengan jelas dan kuat.

Namun, disebabkan mikrofon  merupakan saluran kepada pembesar suara kepada sesiapa yang mendengar, penyampaian sesebuah cerita itu haruslah jelas, tepat dan benar.

Pada zaman moden ini, kita lebih cenderung menggunakan telepon pintar dan sudah tentu media merupakan benda yang tidak asing lagi bagi kita. Banyak perkara dan visual yang boleh dilihat dalam aplikasi seperti Whatsapp, Facebook dan macam-macam lagi.

Apatah lagi sumber yang mem bantu dalam peningkatan iman semuanya berada di hujung jari.

Seruan Sri Paus Fransiskus supaya menceritakan kebenaran dan kisah yang menyatukan. Begitu juga dengan sifat yang perlu ada pada saya sendiri untuk menjadi “mikrofon” Tuhan perlulah menghidupi kisah yang tepat dan mempunyai kebenaran.

Saya sebagai "mikrofon" Tuhan akan mewartakan dan menyebarkan kisah kebenaran mengenai Yesus melalui media

Total Comments:0

Name
Email
Comments