Menjadi “Orang Samaria yang baik hati” dalam dunia acuh tak acuh

Menjadi “Orang Samaria yang baik hati” dalam dunia acuh tak acuh

Jan 25, 2019

KOTA BELUD: Seramai 120 orang peserta yang sebahagian besarnya adalah belia, telah hadir dalam Seminar Pemantapan Iman menurut Ajaran Sosial Gereja di Chapel St Thomas, Kelawat pada 15 Disember 2018.

Chapel St Thomas merupakan di bawah naungan Gereja St Edmund, Kota Belud. Program sehari tersebut merupakan anjuran kerjasama oleh Komisi Pembangunan Insan Keuskupan Agung Kota Kinabalu dengan kerjasama Komiti Pembangunan Insan Paroki Kota Belud.

Dalam sesi tersebut, para peserta didedahkan dengan Ajaran Sosial Gereja Katolik, dasar-dasar moral Gereja dan seterusnya sesi soal jawab.

Seminar yang julung kali diadakan di gereja tersebut disampaikan oleh ahli-ahli Komisi Pembangunan Insan Kota Kinabalu iaitu Sdra Dominic Lim Sr Anita James FSIC dan Sdra Peter Zeter.

Objektif program tersebut adalah memperkenalkan Ajaran Sosial Gereja yang boleh dijadin sandaran dalam menangani isu-isu semasa dan dalam kehidupan harian misalnya bagaimana kita sebagai penganut Katolik menangani isu migran, politik, hak asasi manusia dan alam sekitar.

Ajaran Sosial Gereja Katolik yang juga merupakan panduan kehidupan moral, memberikan pemahaman kehidupan moral kepada golongan belia yang hadir dalam seminar itu.

Dasar-dasar moral Gereja Katolik memberi pencerahan kepada para peserta untuk membuat pertimbangan atau keputusan yang selaras dengan Injil khususnya dalam “budaya mati” iaitu istilah yang digunakan oleh Sri Paus Fransiskus yang menggambarkan keadaan manusia pada masa kini yang semakin kurang memperhatikan martabat serta kehidupan manusia. Ini dapat dilihat melalui pertambahan bilangan bayi yang digugurkan, kemiskinan, pemusnahan alam sekitar dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Daripada respon para peserta, penganjur yakin bahawa program tersebut telah mencapai objektifnya.

Turut memberi sokongan dalam seminar ini ialah Paderi Paroki Kota Belud, Father Ambrose Atang yang mengakhiri seminar tersebut dengan Perayaan Ekaristi. — Pierre Kee

Total Comments:0

Name
Email
Comments