Menjadi tanda berbahagi dengan sesama

Menjadi tanda berbahagi dengan sesama

Nov 09, 2018

KOTAMARUDU: Mengunjungi dan menjangkau mereka yang berkekurangan merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh sekumpulan tim amal kasih dari Gereja St Simon, Likas, yang melakukan perjalanan ke sebuah perkampungan terpencil di Kota Marudu iaitu Kg Gosusu.

Sebelum memulakan perjalanan, tim ini terlebih dahulu diberkati oleh Paderi Paroki, Father Cosmas Lee yang menyeru para ahli untuk keluar membantu komuniti-komuniti yang memerlukan.

“Ingatlah, berbuat amal kasih kepada semua orang, jangan memilih-milih,” pesan Fr Cosmas.

Sembilan belas orang ahli dengan menggunakan lapan buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori yang mengangkut pelbagai barangan keperluan bagi penduduk kampung menempuh perjalanan lebih sejam.

Kedatangan rombongan itu disambut oleh Ketua Kampung, Sdra Jose Latah, Katekis Alpeus, beberapa wanita dan kanak-kanak. Katekis Alpheus, yang mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai pelayan Tuhan, menyampaikan ucapan alualuan.

Beliau menerangkan bahawa di kampung itu terdapat lebih kurang 200 penganut Katolik, sebuah chapel iaitu chapel Assumption of Our Lady. Alpheus juga memberitahu bahawa kira-kira dua tahun lalu, mereka telah membina sebuah patung Perawan Maria dengan menggunakan batu-batu sungai.

Rombongan juga sempat mengenal kehidupan seharihari penduduk kampung yang sederhana. Mereka juga melawat sebuah Tadika dan menyumbang beberapa perabot serta bahan-bahan makanan untuk Tadika tersebut.

Total Comments:0

Name
Email
Comments