Mentransformasi kemarahan kepada peluang untuk kesatuan

Sri Paus Fransiskus merayakan Misa pada 1 Jun yang didedikasi kepada Bonda Maria semasa berkunjung ke Romania.

Jun 13, 2019

BUCHAREST: Sri Paus Fransiskus merayakan Misa pada 1 Jun yang didedikasi kepada Bonda Maria semasa berkunjung ke Romania.

Pusat Ziarah Sumuleu Ciuc, merupakan tempat ziarah terkenal di mana rejim Komunis Romania tidak mampu menutup tempat itu.

Sama seperti hari pertama berada di Romania, prelatus iu menyeru orang-orang Romania agar berjalan bersama mengatasi pembahagian dan sempadan. Prelatus itu menyeru penduduk Romania agar memohon kepada Roh Kudus untuk mengubah masa lampau dan kemarahan pada masa kini sebagai peluang untuk menjalin ikatan persaudaraan.

“Kita datang ke sini sebagai anak-anak untuk bertemu Ibu kita, dan untuk mengakui bahawa kita semua bersaudara,” kata Paus Fransiskus.

“Tempat-tempat ziarah,” jelas Sri Paus, “seperti ‘sakramen-sakramen’ sebuah Gereja iaitu rumah sakit lapangan: mereka tetap menghidupkan ingatan umat Tuhan yang, di tengah-tengah kesusahan besar, terus mencari sumber air hidup yang memperbaharui harapan kita.” Tempat ziarah di Sumuleu Ciuc adalah salah satu destinasi ziarah paling popular di Eropah Timur. Setiap tahun, puluhan ribu penziarah, kebanyakannya dari Hungaria, melakukan perjalanan ke tempat ziarah itu pada hari Sabtu sebelum Pentakosta sebagai memperingati kemenangan pada abad ke-16 yang mengalahkan pasukan Protestan yang diutus untuk membuat mereka berpindah agama.

Pergi berziarah, ujar Sri Paus melibatkan perasaan “dipanggil dan didorong untuk melakukan perjalanan bersama, memohon rahmat kepada Tuhan untuk mengubah kebencian dan ketidakpercayaan masa lalu dan menjadi peluang baru untuk persahabatan.”

Akhirnya, kata Paus, “Berziarah bererti bukan sahaja berdoa tetapi membangun masa hadapan dan menjangkau semua orang.

Sambil mengenang peristiwa Khabar Sukacita, Sri Paus Fransiskus memohon kepada patung Maria yang mengatakan ‘ya’ pada pesan malaikat. “Begitulah misteri pilihan Tuhan,” kata Sri Paus. “Dia melihat kepada yang rendah dan mengacaukan yang kuat; Dia mendorong dan mengilhami kita untuk mengatakan ‘Ya’, seperti Maria, dan untuk memulakan jalan rekonsiliasi.”

Maka, simpul Paus, “mari kita melakukan perjalanan, dan mari kita melakukan perjalanan bersama, sambil mendengar Tuhan, tanpa meninggalkan sesiapa menuju perdamaian dan ke kerajaan Tuhan!” --media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments