Menyebarkan wajah Kristus dengan kasih SP Maria

Menyebarkan wajah Kristus dengan kasih SP Maria

Nov 30, 2018

KENINGAU : Disemangati pelayanan Bonda Maria, pada 28 Oktober lalu, sebuah lagi kuria Legio Maria di Katedral St Francis Xavier ditubuhkan iaitu Kuria Junior Sacred Heart of Mary.

Dihadiri oleh ahli-ahli Kuria Junior dan Senior serta Pembimbing Rohani Komisi Legio Maria Keuskupan Keningau, Father Josepeh Gapitang dan Father David Richard Gasikol dari Katedral St Francis Xavier. Turut hadir perwakilan daripada Senat Singapura.

Upacara penubuhan ini dimulakan dengan doa Rosari diikuti dengan pemilihan AJKT Kuria Junior, Sacred Heart of Mary. Fr David telah dilantik menjadi pembimbing rohani bagi Kuria Junior.

Fr Joseph mengucapkan kesyukuran atas tertubuhnya Kuria Junior dengan jayanya. Beliau merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada semua Kuria yang terlibat.

“Kepada semua ahli yang menganggotai Kuria Junior yang pertama kali dan juga tertarik kepada keanggotaan Kuria Junior. Semoga Bonda Maria yang tersuci mengajarkan kepada kamu hidup suci, menjadikan badan dan jiwa kamu murni sehingga memancarkan keagungan Sang Pencipta,” demikian pesan Fr. Joseph.

Majlis diteruskan dengan acara persaudaraan dan persembahan pentas. — KOMSOS KGAU

Total Comments:0

Name
Email
Comments