Minggu Gaudete, Adven Sukacita

Minggu Gaudete, Adven Sukacita

Dec 14, 2018

Soalan I: Apa yang dimaksud dengan Minggu Gaudete? Apakah kekhasan Minggu ini? — Savio

Jawaban: Pertama, Minggu Gaudete atau Minggu Bersukacitalah dirayakan pada Minggu Adven ketiga.

Kata sifat “bersukacitalah” ini berasal dari antifon pembukaan pada Minggu itu, iaitu “Bersukacitalah selalu dalam Tuhan. Sekali lagi ku katakan: bersukacitalah! Sebab Tuhan sudah dekat” (Flp 4:4.5). Tuhan menyeru agar kita bersukacita. Sukacita itu datang dari kenyataan bahawa pesta kelahiran Tuhan sudah dekat.

Minggu ketiga Adven adalah titik tengah dari keseluruhan Masa Adven yang berlangsung selama empat minggu. Di tengah masa persiapan yang bersifat prihatin dan matiraga itu, Gereja memberikan “break” (istirahat) dan mengajak umat bersukacita.

Break di tengah ini juga dilakukan pada masa Pra-Paskah, iaitu pada Minggu Pra-Paskah keempat (Minggu Laetare).

Minggu Gaudete ini juga mengingatkan umat, bahawa masa Adven akan segera berakhir dan pesta kedatangan Yesus Kristus sudah semakin mendekat. Maka perlu dikembangkan harapan yang akan menumbuhkan kesabaran dan ketekunan, untuk mempersiapkan diri sampai akhir. Kita dapat bertahan dalam kesulitan dan tantangan hanya jika kita sedar bahawa buah-buahnya layak-derita (bdk Yak 5:7-10).

Kedua, untuk mengungkapkan kegembiraan ini, warna liturgi yang digunakan hari ini bukanlah ungu tetapi merah muda (pink). Demikian juga, warna lilin yang dinyalakan Minggu ini di lingkaran Adven ialah merah muda atau merah.

Warna merah muda melambangkan bahawa penderitaan zaman ini tidak sebanding dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita. Suasana gembira harus mewarnakan persiapan jangka pendek, untuk menyambut perayaan penjelmaan Sang Sabda menjadi manusia.

Soalan II: Apakah Yesus akan tetap menjadi penyelamat seandainya Yesus dikandung oleh Maria sebagai anak biologi Maria dan Yusuf? — Linda

Jawaban: Tentu saja identiti Yesus akan berubah dan hal ini akan mengubah juga erti penyelamatan.

Dengan menyatakan bahawa Yesus dikandung oleh Maria melalui naungan Roh Kudus, di sini hendak ditegaskan bahawa Yesus bukanlah hasil benih manusia laki-laki biasa, tetapi bahawa Yesus berasal dari Tuhan, dan kerana itu Dia adalah Anak Tuhan.

Ertinya, asal-usul Yesus adalah ilahi, bukan insani. Kerana kudrat ilahinya itu, Yesus dapat membawa manusia kembali kepada Tuhan. Iman Kristian mengajar, bahawa Yesus adalah sungguh Tuhan dan sungguh manusia. Maka Dia dapat menjadi pengantara antara kita manusia dengan Tuhan, Sang Pencipta. Bagaikan jambatan, Yesus bertumpu baik pada Tuhan mahupun pada manusia. Dialah satu-satunya pengantara antara manusia dan Tuhan ( 1Tim 2:5).

Dengan menjadi sungguh manusia, Yesus mewakili seluruh umat manusia yang sudah berdosa itu di hadapan Tuhan. Yesus adalah keturunan Adam. Kerana Adam yang berdosa, maka keturunannya yang harus melakukan pembayaran atas hutang dosa (bdk. Rom 5:12-21). Kerana Yesus adalah manusia, maka semua perbuatan yang dilakukan Yesus, juga diperhitungkan dan mempunyai kesan untuk seluruh umat manusia.

Kerana itu ketaatan Yesus merupakan kebalikan daripada ketidaktaatan Adam, yang mahu menentukan sendiri baik dan buruk dan mahu menjadi seperti Tuhan. Jadi, ketaatan Yesus yang wafat di salib, menjadi sumber keselamatan bagi kita manusia.

Natal adalah bukti ketaatan Sang Sabda yang rela menjadi manusia, bahkan manusia yang miskin dan taat sampai mati di salib. Ketaatan Yesus, yang sudah mulai diwujudkan dalam peristiwa penjelmaan menjadi manusia (inkarnasi), dilanjutkan sampai pada kepenuhannya melalui sengsara, penyaliban, dan wafatnya di kayu salib. — Fr Dr Petrus Maria Handoko CM, hidupkatolik. com

Total Comments:0

Name
Email
Comments