Mingguan Katolik HERALD kini 25 tahun!

Dua puluh lima tahun yang lalu, pada Hari Perayaan Kelahiran Santa Maria, HERALD - The Catholic Fortnightly telah dilancarkan oleh Uskup Agung Kuala Lumpur, pada ketika itu, Anthony Soter Fernandez (kini Kardinal).

Sep 06, 2019

KUALA LUMPUR: Dua puluh lima tahun yang lalu, pada Hari Perayaan Kelahiran Santa Maria, HERALD - The Catholic Fortnightly telah dilancarkan oleh Uskup Agung Kuala Lumpur, pada ketika itu, Anthony Soter Fernandez (kini Kardinal).

Kelahiran HERALD ini jatuh pada 8 September 1994 di Katedral St John the Evangelist, Kuala Lumpur.

Impian 10 tahun Uskup Agung Soter Fernandez akhirnya tercapai. Prelatus itu mengatakan akhbar Katolik yang terbit dua kali sebulan itu akan menjadi suara masyarakat Katolik kerana ia akan memaparkan peristiwa dan isu di negara ini dan dunia dari perspektif Kristian.

Dalam ucapannya selepas Misa, Uskup Agung Soter Fernandez menggesa umat Katolik di negara ini untuk menyokong akhbar itu dalam peranan kenabiannya untuk membantu membawa Khabar Baik kepada para umat.

HERALD bermula dengan 12 muka surat dalam bahasa Inggeris. Kini ia adalah penerbitan mingguan 32 halaman dalam empat bahasa.

Dalam tempoh dua puluh lima tahun HERALD telah melalui perjalanan yang luar biasa dan bermanfaat sebagai sumber informasi dan pengayaan rohani yang utuh dan unik untuk rakyat Malaysia, terutama bagi Komuniti Katolik.

Evolusi 25 tahun perjalanan HERALD

Sept 8, 1994   :   HERALD - The Catholic Fortnigtly dilancarkan dengan 12 mukasurat dalam bahasa Inggeris,             dijual 0.70 sen senaskhah.

Sept 25, 1994 :  Pertambahan 16 mukasurat

Sept 10, 1995 :  Meningkat menjadi 20 mukasurat (bahasa-bahasa vernakular dimasukkan) — Bahasa                                  Inggeris (16 mukasurat), Mandarin ( 2 mukasurat), bahasa Tamil dan BM (masing-masing                            1 mukasurat).

Jan 10, 1999   :  Harga naik menjadi RM1.00


Mac 25, 2001  :  Menjadi terbitan mingguan HERALD — The Catholic Weekly

Ogos 2001      :  HERALD membuka laman web.

Ogos 28, 2003 :  Kini 24 mukasurat

Oct 5, 2003     :  HERALD mempunyai warna

Ogos 15, 2004 :  Kini 28 mukasurat

Nov 30, 2008   :  Mukasurat meningkat kepada 32 mukasurat. Bahasa Inggeris (19 mukasurat), Mandarin                             (3 mukasurat), Tamil (dua mukasurat) dan Bahasa Malaysia (8 mukasurat).

Total Comments:0

Name
Email
Comments