Misa bersama para pembela dan pendamai masyarakat

Uskup Bernard Paul keuskupanMelaka-Johor memimpinmisa Kudus sempena HariUlang Tahun Tentera Daratyang ke-85 yang bertema :“Tentera satu kerana bersatu”di Chapel Corpus Christi,Kem Terendak, Melaka.

Apr 28, 2018

Kem Terendak MELAKA:Uskup Bernard Paul keuskupanMelaka-Johor memimpinmisa Kudus sempena HariUlang Tahun Tentera Daratyang ke-85 yang bertema :“Tentera satu kerana bersatu”di Chapel Corpus Christi,Kem Terendak, Melaka.

Sebelum Misa kudusbermula, Uskup, Diakon dansemua anggota tenterabergambar bersama. Lebih200 umat yang datang dalamperayaan Ekaristi itu untukmemberikan sokongan kepadapara anggota tentera.

Misa Kudus dimulakandengan perarakan masuk olehpara anggota tentera pelbagaiunit di bawah naungan Mks 3Div.

Dalam homilinya, BapaUskup Bernard Paul mengatakanbahawa anggota tenteraserta anggota beruniform,adalah harapan orang ramaidalam menjaga keselamatankomuniti dan masyarakat.

Prelatus itu menekankantiga peranan penting paraanggota tentera iaitu, tenterasebagai penyelamat, pembeladan juga pendamai. “Inilahpanggilan kamu sebagaianggota tentera danmasyarakat amat bergantungpada anda, para tentera untukmengekalkan keamanannegara.

”Kata Bapa Uskup lagi,“Tentera harus sentiasamengutamakan perintahTuhan dan bersandar kepadakekuatan Tuhan. Semuaundang-undang manusia hendaklahdisemak denganundang-undang Tuhan.Sempena perayaan HariMinggu Kerahiman Ilahi yangturut disambut pada hari tersebut,Bapa Uskup mengingatkanpara tentera bahawaTuhan amat mengasihi umat-Nya dan mengajak seluruhumat untuk berbelas kasihanseperti Yesus serta menghormatihak dan martabatsesama.

Uskup Bernard tidak lupaberpesan agar anggota tenterasentiasa membawa Gereja danperibadi Yesus walau di manapun mereka ditugaskan.

Prelatus itu juga mengajaksemua umat yang hadir diMisa tersebut agar melakukanperubahan sikap iaitu meninggalkantingkah laku yangkurang baik serta meninggalkanperbuatan yang bolehmencemarkan kekudusangereja kerana Tuhan memanggilkita semua untuk menjadi kudus.

Cabaran anggota tenteraadalah adakah mahu menurutperintah manusia atau perintahTuhan; melakukan hukumTuhan atau hukum manusia;mencari kepentingan sendiriatau membela hak asasimanusia?

Selepas Misa, Bapa Uskup,anggota tentera, para jemputandan semua umat yanghadir menikmati hidanganyang disediakan oleh umat.

Bapa Uskup Bernard turutmengambil peluang itu untukberamah mesra dengan paraanggota tentera dan umatyang hadir.

Sebelum jamuan, terlebihdahulu diadakan upacarapemotongan kek kesyukuranuntuk para baptisan baru danjuga hari ulang tahun TD ke-85 yang diketuai oleh KaptBenedict William Sula selakuYDP CCCTC, Pw2 Lois ApoiNYDP CCCTC, DiakonAnthony Chua, Sr. MariaMagdalena, Sr. Jaslia RamutFSIC dan semua PelayanKomuni CCCTC.--SylvesterBingkin

Total Comments:0

Name
Email
Comments