Misa dan Adorasi bantu kaum muda berani jadi berbeza

Lebih 8,000 orang dari seluruh negara berhimpun di Dataran McCormick, Chicago pada awal bulan Januari untuk mendapat pelbagai maklumat untuk disebar dan dikongsikan dengan dunia.

Jan 19, 2018

CHICAGO: Lebih 8,000 orang dari seluruh negara berhimpun di Dataran McCormick, Chicago pada awal bulan Januari untuk mendapat pelbagai maklumat untuk disebar dan dikongsikan dengan dunia.

Kerumunan orang ramai itu menghadiri SLS18, sebuah konferensi yang berhimpun dua kali setahun, dibiayai oleh Fellowship of Catholic University Students, juga dikenali sebagai FOCUS.

Setiap hari, sepanjang konferensi bertarikh 2-6 Januari, Misa Kudus merupakan tumpuan penting serta ceramah-ceramah dari penyampai ceramah seperti Uskup Auksilier Los Angeles, Robert E.Barron, Jim Caviezel seorang selebriti terkenal yang memegang watak Yesus dalam The Passion of Christ dan Sister Bethany Madonna dan seorang artis Kristian, Matt Maher yang membuat persembahan konsert pada 5 Januari.

Para penganjur mengatakan para paderi yang memimpin Sakramen Pengakuan telah menerima 4,000 pengaku dosa dan ramai kaum muda menghadiri adorasi Ekaristi yang diadakan di tempat khusus sepanjang konferensi berlangsung. Pada masa lampau, SLS, atau Student Leadership Summit hanyalah terdiri daripada pelajar kolej yang terbatas dan dianggotai oleh para misionari FOCUS.

Namun, semakin lama, para misionari bertambah. Pada tahun ini, mereka berjumlah 700 orang dari 137 kampus di A.S dan Eropah, mereka melayani di kampus-kampus kolej, menemani para pelajar agar tidak lupa akan iman mereka.

“Selama 20 tahun, kami melihat konferensi ini telah memainkan peranan sangat penting dalam membantu para pelajar dan dewasa muda, untuk mengambil keputusan serta membimbing mereka menjadi pemimpin,” ujar John Zimmer, timbalan presiden pelayanan apostolik bagi FOCUS.

John memberi gambaran konferensi tersebut adalah seperti Hari Belia Sedunia Antarabangsa, di mana kaum muda dari seluruh dunia berhimpun di sebuah negara bagi beberapa hari untuk berdoa, mengajar dan menghadiri Misa bersama Sri Paus — ia membantu dewasa muda untuk melihat agama Katolik sangat meluas dan melingkupi semua orang.

Seperti perhimpunan-perhimpunan antarabangsa dan nasional yang lain, iman merupakan fokus utama dalam SLS tetapi ia berlangsung dalam suasana gembira, menyeronokkan, ada konsert, ahli magik, dan acara-acara bertema pada sebelah malam.

“Apabila anda menghadiri acara seperti ini dan ada melihat 8,000 orang dari seluruh negara di dunia ini, berjalan bersama, meskipun berbeza bangsa, warna kulit dan budaya, tetapi di hadapan Sakramen Mahakudus, mereka semua berlutut dan tunduk kepada Yang Maha Kuasa — ia adalah sebuah pemandangan yang sangat luar biasa, menjadikan kita Gereja yang berbeza.

Perhimpunan seperti ini juga membantu misionarimisionari muda untuk lebih mengenal panggilan mereka serta kreatif dalam membantu pembangunan Gereja.”--CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments