Misa umum sudah dibenarkan, jangan bertangguh untuk datang ke Gereja — Uskup Agung John Wong

Baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan melalui laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa semua rumah ibadat kini dibenarkan untuk mengadakan semula upacara ibadah.

Nov 20, 2020

KOTA KINABALU: Baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan melalui laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa semua rumah ibadat kini dibenarkan untuk mengadakan semula upacara ibadah.

Walau bagaimana pun, SOP kerajaan menyatakan hanya satu pertiga ruang gereja sahaja boleh dimuatkan. Penyertaan kanak-kanak di bawah 12  tahun, mereka yang berusia 70 ke atas dan para migran tidak pula dinyatakan.

Namun gereja dimaklumkan bahawa hal ini diserahkan kepada mereka dalam mengatur dan menetapkannya. MKN cuma me nasihatkan bahawa kumpulan yang berisiko itu lebih baik disediakan ruang yang khas semasa upacara. Bagi Uskup Agung Kota Kinabalu  John Wong, beliau merasakan lebih baik mengikuti SOP yang lama di mana kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan dibawa ke Gereja demi keselamatan kesihatan mereka. Manakala mereka yang berumur 70 ke atas dan para migran dibenarkan ke Misa.

Melalui Surat Pastoralnya bertarikh 16 Nov, Bapa Uskup Agung meminta  semua paroki membuat persiapan rapi untuk mem buka semula gereja. Seperti yang lalu, Tim Kesihatan Paroki harus memastikan umat mematuhi SOP dan gereja dibersihkan setelah digunakan.

"Memandangkan kita sudah dibenarkan merayakan Misa secara umum, saya menyeru  agar semua umat Katolik berusaha pergi ke gereja, bukan hanya bergantung kepada Misa online.

"Tidak lama lagi kita akan memulakan musim Adven. Marilah kita menyiapkan diri untuk menyambut kedatangan Sang Juruselamat ke dalam hati dan keluarga kita. Mari kita  terus memohon perlindungan-Nya daripada serangan Covid-19 dan berdoa agar cepat berakhirnya pandemik ini. .

Keuskupan Agung telah menyediakan "Rosari Adven Bersama 2020" untuk didoakan pada masa Adven.

"Saya menggalakkan anda menggunakan bahan tersebut," seru Uskup Agung John.

Material Doa Rosari Adven Bersama 2020 dapat dimuat turun di laman web https:// www.catholicadkk.org/2020/11/19/archbishop-john-wong-statement-on-reopening-ofchurch/

Total Comments:0

Name
Email
Comments