Misi ke Pulau Sapi, latih belia kental hadapi badai

Misi ke Pulau Sapi, latih belia kental hadapi badai

Mar 15, 2019

PAPAR: 80 orang belia dari Paroki Holy Rosary Limbahau dan St Joseph Papar, yang diketuai oleh Father Rayner Bisius telah melakukan “Mission at Sapi Island” pada 4 Februari lalu.

Program tersebut adalah sebahagian daripada persediaan bagi para belia di kedua-dua Paroki tersebut kerana mereka merupakan Tuan Rumah kepada perayaan belia Katolik terbesar di Sabah iaitu Sabah Youth Day kali ke lima pada tahun hadapan.

Misi ke Pulau Sapi memberikan banyak pengalaman menarik bagi para belia tersebut yang sebahagian besarnya baru pertama kali ke Pulau Sapi.

Semasa memimpin Misa Kudus di pulau itu, Fr Rayner di dalam homilinya berkata banyak cabaran, lebih-lebih lagi belia, untuk mengikuti Yesus.

“Apabila kita melakukan kebaikan, kuasa jahat akan sentiasa mengganggu dan menghalang kita.”

Dalam perjalanan ke Pulau Sapi, rombongan juga sempat berasa panik dan cemas apabila bot yang dinaiki mengalami kerosakan.

Fr Rayner mengambil pengalaman mencemaskan itu agar para belia sentiasa kuat dan bersemangat apabila menghadapi situasisituasi tidak diduga.

“Kuatkanlah dan teguhkanlah hati kamu dan berharap pada Tuhan,” katanya. Pembantu Rektor Paroki Limbahau dan Papar itu berpesan kepada sesiapa yang datang ke sini seharusnya mempunyai tujuan yang baik.

“Tuhan mengutus anda (belia) untuk memberitakan khabar baik kepada orang sekeliling. Dalam erti kata lain, menjadi misionari cinta kasih kepada sesama. Kita diutus untuk memberitakan bahawa kerana cinta-Nya yang begitu besar terhadap umat manusia, Yesus sanggup menderita dan wafat di kayu Salib dan bangkit pada hari ketiga dengan penuh kemuliaan, membuktikan Dia telah mengalahkan dosa dan alam maut.

“ Perjalanan misi ke Pulau Sapi turut disertai oleh beberapa orang ahli Majlis Pastoral Paroki Holy Rosary Limbahau.

Total Comments:0

Name
Email
Comments