Misi pelayanan ekologi EOT dapat perhatian dan penghargaan dari pemimpin belia

Eco-Outreach Team (EOT), kumpulan yang dianggotai sepuluh orang belia dari beberapa paroki di bawah Keuskupan Agung Kota Kinabalu, merupakan komponen penting di bawah Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan Keuskupan Kota Kinabalu (Creation Justice Commission/ CJC).

May 16, 2020

KOTA KINABALU: Eco-Outreach Team (EOT), kumpulan yang dianggotai sepuluh orang belia dari beberapa paroki di bawah Keuskupan Agung Kota Kinabalu, merupakan komponen penting di bawah Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan Keuskupan Kota Kinabalu (Creation Justice Commission/ CJC).

EOT bertindak sebagai pelaksana program khusus bagi membantu komisi di dalam usaha mereka memberi kesedaran penjagaan alam sekitar kepada komuniti. Sempena Hari Bumi baru-baru ini,  meskipun pada musim Perintah Kawalan Pergerakan, EOT tetap menjalankan beberapa program yang dilaksanakan dalam talian untuk terus memupuk kesedaran memulihara alam sekitar di kalangan umat Katolik.

Usaha mereka mendapat perhatian dan maklumbalas daripada beberapa pemimpin  belia di Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Dennis Patrick dari Komisi Belia yang  mengikuti perayaan Hari Bumi melalui laman Facebook CJC sangat tersentuh dengan video perkongsian aktiviti oleh kumpulan belia dan outreach team kerana ia memberikan inspirasi dan membawa sukacita.

Manakala Alex Poulus Jiran, pemimpin belia dari Kota Belud berkata idea program Hari Bumi baru-baru ini adalah sangat cantik dan luar biasa contohnya aktiviti recycling and upcycling.

“Saya kagum dan gembira kerana maklumat yang kumpulan EOT berikan itu bermanfaat serta berkaitan dengan Pendidikan Penjagaan Alam Sekitar. Saya sangat suka konsep ini kerana saya juga adalah salah seorang daripada mereka yang mencintai bumi. Tindakan yang mereka laksanakan  ini adalah sangat membantu meningkatkan kesedaran di kalangan anak muda dan membantu masyarakat memahami serta menangani isu-isu persekitaran yang mempengaruhi kawasan kejiranan mereka. Saya berharap agar mereka meneruskan semangat untuk mencintai dan menjaga alam sekitar menurut kehendak Tuhan Yesus,” kata Alex kepada EOT.

Dia menyambung, “sehingga hari ini, Malaysia telah disenaraikan sebagai negara ke-8 terburuk di dunia dalam pembuangan sisa plastik (Malaysia’s Roadmap 20182030). Jadi, bawalah diri kita mulai saat ini untuk menyedari akan kepentingan bumi kerana bumi tidak memerlukan manusia, tetapi manusia memerlukan bumi.

“Bangun dan sedarlah, Tuhan telah memberikan bumi kepada kita sebagai satu anugerah, maka jadilah baik dan cin tai anugerah ini. Kebijaksanaan yang Tuhan berikan kepada kita mampu mengubah segalanya. Hidupilah kebijaksanaan bukan ketamakan,” akhiri Alex.--CS

Total Comments:0

Name
Email
Comments