Mother General FSIC sambut ulang tahun religius ke-50

Jubli adalah masa untuk keraian, sukacita dan bersyukur di atas segala berkat serta pemberian Tuhan.

Jan 09, 2021

KOTA KINABALU: Jubli adalah masa untuk keraian, sukacita dan bersyukur di atas segala berkat serta pemberian Tuhan. Ia juga adalah masa untuk melihat kembali berkat-berkat dan meneruskan perjuangan untuk menerima berkat selanjutnya," kata Uskup Agung John Wong yang ditujukan kepada para jublirian Kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC).

FSIC merupakan kongregrasi religius wanita tempatan yang aktif melayani di Sabah khususnya dalam pendidikan, penjagaan orang tua dan pelayanan pastoral.

Pada 12 Disember 2020, Mother General FSIC, Sr M Frances Mani menyambut ulang tahun religiusnya yang ke-50 manakala Sr Lilian Unsoh meraikan ulang tahun religiusnya yang ke-40.

Empat orang anggota FSIC lagi merayakan ulang tahun religius ke-25. Mereka ialah Sr M. Liliana Gubod, Sr Olga Mary, Sr M.Doris Abiu dan Sr Clara Orow.

Persiapan sambutan ulang tahun religius ini sesungguhnya telah dirancang dengan kehadiran keluarga dan umat namun disebabkan pandemik, ia dirayakan secara tertutup.

Walau bagaimanapun, dengan aplikasi ZOOM, para sister FSIC yang berada di seluruh Sabah, Semenanjung Malaysia dan Filipina dapat mengikuti majlis kesyukuran tersebut malah menyampaikan ucapan serta lagu "happy feast day" kepada para jublirian.

Sebelum aplikasi ZOOM dibuka untuk ucapan dan persembahan video, terlebih dahulu para jublirian ini diraikan dalam Perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Father Andrew Kim.

Memilih tema, "jika Tuhan boleh bekerja melalui saya, Dia juga boleh bekarya melalui sesiapa sahaja" dari Sto Fransis dari Assisi, Mother General FSIC, Sr Frances Mani berkata, mengimbas 50 tahun petualangannya dalam hidup religius, Tuhan itu sungguh nyata, kasih dan kuasa-Nya benarbenar terjadi dalam dirinya.

"Setiap hari merupakan pengalaman perjumpaan akan kehadiran  Tuhan. Perayaan ulang tahun ke50 ini mengingatkan saya untuk sentiasa bersyukur sebagai seorang religius dan sentiasa positif dalam menghadapi cabaran getir dengan berandal kepada cinta kasih Tuhan," ujar Sr M. Frances seraya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh keluarganya, keluarga FSIC, para klerus dan sahabat yang telah membantu serta menyokongnya sepanjang 50 tahun menjadi religius.

Beliau juga memberikan galakan kepada para belia yang mempunyai panggilan menjadi paderi  atau religius, agar berani meninggalkan zon selesa dan menyerahkan kepercayaan kepada Tuhan yang pastinya melindungi serta mempunyai rencana indah untuk anak-anak-Nya.

Uskup Cornelius Piong, Ketua Keuskupan Keningau dalam ucapannya yang dipetik dari buku cenderahati perayaan ulang tahun religus enam orang anggota FSIC itu menulis, "Saya yakin Yesus yang mendengar dan mengutus  kamu sebagai Religius menjadi satu kesaksian bagi kita umat Kristus, khususnya para belia supaya  sentiasa peka terhadap panggilan Tuhan untuk rela bekerja di ladang-Nya yang luas ini."

"Semoga kasih Tuhan sentiasa menyertai kalian," ucap Ketua Keuskupan Sandakan, Uskup Julius Dusin Gitom. Prelatus itu juga mendoakan agar para jublirian sentiasa dipenuhi dengan kebijaksanaan dan pengetahuan dalam memenuhi panggilan tuhan, "untuk menyembuhkan yang terluka, bersatu dengan mereka yang terjatuh dan membawa mereka yang sesat kembali kepada Tuhan (Sto Francis dari Assisi). Dari

Total Comments:0

Name
Email
Comments