Nasihat para uskup Malaysia tentang Novel Coronavirus

Nasihat para uskup Malaysia tentang Novel Coronavirus

Feb 08, 2020

USKUP AGUNG KUCHING
Archdiocesan Curia, Level 1, A.C.C.P.C
Jalan Tun Abang Hj Openg, P. O Box 940, 93718
Kuching, Sarawak, Malaysia
Tel. 082-242634  Fax. 082-425724

Kepada semua umat beriman,
Pada setiap hari minggu, Gereja kita pasti dipenuhi dengan ramai umat. Disebabkan oleh wabak novel coronavirus, saya menyeru kepada semua umat Katolik untuk bertekun di dalam doa dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah penyakit yang sedang menular ini. Susulan panduan pertama saya pada 25 Januari 2020, disini dilampirkan rekomendasi terbaharu seperti berikut:

1. Individu yang mempunyai tanda-tanda selesema misalnya demam, hidung berair, sakit tekak, batuk, demam panas dinasihatkan untuk berada di rumah dan mengelakkan tempat-tempat umum termasuk gereja. Individu-individu berkenaan dikecualikan dari kewajipan Hari Minggu.

2. Umat Katolik yang tidak dapat menghadiri Misa disebabkan tanda-tanda di atas, digalakkan untuk tinggal di rumah dan membaca Liturgi Sabda Hari Minggu, melakukan kebaktian Kesatuan Rohani iaitu dengan membuat permohonan doa, serta kerinduan mahu bersatu dengan perayaan Ekaristi Tuhan.

3. Doa-doa permohonan yang didoakan secara peribadi di rumah dan semua paroki adalah:
a) Berdoa bagi kakitangan perubatan – doktor, jururawat dan pekerja-pekerja bidang kesihatan yang memberi rawatan kepada pesakit.
b) Berdoa agar pakar kesihatan dunia dapat menemui vaksin dan cara untuk mengawal wabak dengan segera.
c) Berdoa bagi mangsa-mangsa, khususnya mereka yang telah meninggal dunia dan ahli-ahli keluarga yang berdukacita.

4. Dengan bersolidariti dengan Keuskupan-keuskupan Katolik di Malaysia, intensi-intensi berikut hendaklah dimasukkan dalam Doa Permohonan Umum:

“Bagi para mangsa coronavirus, orang-orang yang terkesan akibat dikuarantin dan tidak dibenarkan berada di khalayak ramai, bagi para kakitangan kesihatan yang diberi tugas untuk merawat dan menjaga mereka yang terkena jangkitan virus, semoga Tuhan melindungi mereka dari bahaya dan menyembuhkan mereka yang sakit dengan segera. Kami mohon ...

5. Rekomendasi praktikal dan pencegahan dalam Gereja semasa Misa:

 -- Gunakan tisu bagi menutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin.
-- Jangan tinggalkan tisu yang sudah dipakai pada bangku gereja.  Buang tisu terpakai serta-merta.
-- Amalkan kebersihan – kerap basuh tangan dengan sabun.
-- Jangan sentuh mata, hidung atau mulut jika belum mencuci tangan.
-- Elakkan bersentuhan dengan orang yang demam atau mempunyai tandatanda selesema.

Sambil mengambil langkah berjaga-jaga, saya menyeru  kepada semua umat Katolik untuk bertenang, mempercayai pengumuman pihak berwajib, bertanggungjawab dan menyebar berita yang benar di media sosial, bekerjasama dan mengikuti langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Dengan doa dan berkat Tahun Baharu.

Uskup Agung Simon Poh

Keuskupan Agung Kota Kinabalu
Catholic Diocesan Centre, Lorong Hiburan 3, Taman Hiburan,
Jalan Penampang, P. O Box 10289,88803 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel (+0) 88-712297/724305  (+60) 88-711954 e-mail: diosec@gmail.com

Demi menyokong langkah-langkah pencegahan oleh pihak KKM mengenai wabak Coronavirus, Keuskupan Agung ingin menambah beberapa nasihat berikut dalam kadar serta merta:

1. Air Suci tidak akan disediakan di pintu-pintu masuk gereja/chapel buat sementara waktu.

2. Sewaktu Misa atau kebaktian,"tanda damai" dibuat dengan tunduk hormat  tanpa bersalaman.

3. Komuni Suci hanya diterima dengan tangan buat masa ini demi kesihatan.

4. Selebran misa dan pelayan komuni harus memastikan tangan mereka dibasuh dengan baik.

5. Sila tutup mulut dengan sapu tangan atau keratas tisu apabila batuk atau bersiwaktu Misa atau kebaktian.

6. Kertas tisu yang telah dipakai harus dibuang dalam tong sampah dan bukan dibiarkan di bangku gereja.

Mari kita mohon campur tangan Tuhan sementara negara China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencari jalan menangani Coronavirus.

Uskup Agung John Wong, DD
27 Januari, 2020

Pejabat Chanseri Keuskupan Keningau
Katedral St Francis Xavier, P. O Box 256, 89008 Keningau, Sabah
Tel: 087-33115, Fax: 087 330493

Susulan wabak novel coronavirus yang telah mengorbankan ramai orang dan vaksin kepada virus ini masih belum ditemui, pejabat Chanseri Keuskupan telah memberikan panduan bagi menangani keadaan ini.

Berikut merupakan pesan penuh dari Father Rudolp Joannes, Chanselor Keuskupan Keningau. Kepada umat di seluruh Keuskupan Keningau Yang dikasihi, Melihat begitu seriusnya penularan Novel Coronavirus ini maka maka marilah kita bersama-sama mengambil peranan untuk berusaha untuk mencegahnya dengan langkah-langkah ini:

1. Elakkan suasan perkumpulan yang besar dan aramai ti selalu.

2. Elakkan “monsiop” yang berganti ganti menggunakan penghisap yang sama dan gelas tapai yang sama dan elakkan menggunakan sudu 'pusas' yang sama.

3. Elakkan pergi ke pusat membeli belah dan pasar jika tidak ada yang terdesak untuk dibeli.

4. Elakkan lawatan ke hospital buat sementara waktu kecuali sakit dan mahu mendapatkan rawatan atau sekali sekala mengunjungi saudara yang sakit. Namun jangan lupa menggunakan topeng muka (mask).

5. Jangan makan makanan yang tidak dimasak atau setengah masak seperti makanan laut dan makanan eksotik seperti ular, katak, kelawar dan babi hutan.

6. Kerap mencuci tangan dengan sabun dan jangan menyentuh muka, mata dan hidung tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

7. Sila pakai selalu topeng muka semasa berada di dalam bas, shopping mall.

8. Jangan minum air yang tidak dimasak terlebih dahulu.

9. Tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin.

10. Semasa kebaktian dan Misa Kudus:

-- pengunaan Air Kudus (tobitua) dihentikan seketika.
-- semasa upacara "Salam Damai", tunduk sahaja antara satu dengan yang lain. 
-- Jangan buang dan tinggalkan tisu terpakai di dalam Gereja.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil peranan.

Fr. Rudolp Joannes Chancery office
Diosis Keningau

Total Comments:0

Name
Email
Comments