“Our Journey” karya iman pertama Belia Holy Family, Telipok

“Our Journey” begitulah buku pertama karangan Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Family yang telah dilancarkan pada 21 Oktober 2017 oleh Father Favid Sham di Dewan Paroki.

Jan 05, 2018

TELIPOK: “Our Journey” begitulah buku pertama karangan Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Family yang telah dilancarkan pada 21 Oktober 2017 oleh Father Favid Sham di Dewan Paroki.

Buku tersebut merekodkan perjalanan para belia Paroki sejak kedatangan Salib Hari Belia Sabah pada tahun 2015 hingga akhir Tahun Belas Kasihan pada Nov 2016.

Majlis pelancaran itu dihadiri lebih 200 umat termasuk Father Mitchelly Kiun, Father Paul Lo dan ko-ordinator Kerasulan Belia Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Sr Terry Loukang FSIC.

Fr Sham dalam ucapannya mengatakan bahawa penerbitan buku tersebut merupakan salah satu cara istimewa bagi para belia untuk mengongsikan perjalanan iman mereka melalui artikel dan gambar.

Paderi itu menggalakkan setiap keluarga membeli buku tersebut bagi maksud menyebarkan Berita Baik dengan ahli-ahli keluarga masing-masing.

Buku tersebut dijual pada harga RM30 dan mereka yang berminat untuk memiliki buku ini diminta untuk mendapatkannya segera kerana stok yang terhad. Umat yang berminat untuk membeli boleh menghubungi Leo Chong di talian 016- 8231993.

Total Comments:0

Name
Email
Comments